Sunday, September 26, 2010

Kita dan apa yang Kita fikirkan

KITA DAN FIKIRAN



kita apa yang kita fikirkan...

kita fikir sains itu sukar...sukar le ia

kita fikir keluarga kita tak bahagia...tak bahagia le kita

kita fikir kita gagal dalam exam....gagallah kita

kita fikir anak kita malas...malas le ia

latihlah diri menolak kata-kata negatif ini - kalau, tak boleh, payah, susah

dalam menghadapi peperangan peperiksan ini kita perlu melatih diri kita agar

-ikhlas

- perkara bermanfaat dan memberi manfaat

- tak perlu menunjuk-nunjuk usaha dan keputusan peperiksaan yang kita perolehi

- solat hajat yang berterusan dari sekarang sehingga keluar keputusan peperiksaan.

-jaga pemakanan - sumber pendapatan dan makanan yang dimakan

-minta maaf - terutamanya kepada guru yang mengajar- agar berkat ajarannya

-doa- berterusan doa termasuklah kepada panel pemeriksa

- berusahalah dan jangan jemu untuk memperbanyakkan tolong orang, tolong saudara yang susah, dan cuba atasi masalah orang .........nanti Allah atasi masalah kita...AMIN

EXAM...EXAM..EXAM

Ibu Bapa dan anak2 yang menghadapi peperiksaan.

1. Latih diri untuk berfikiran positif.....akan menjadi aura kepada anak-anak dan keluarga.
2. Unsur-unsur positif akan melahirkan gelombang positif dan semua individu signifikan menjadi ceria dan positif.
3. Jika ibubapa tertekan...fikirkan...dan jawab soalan
a. Siapa yang memberi ilmu kepada anak?
b. Siapa yang memberi kefahaman kepada anak?
c. Siapa yang menggerakkan anak melihat soalan2 yang bakal keluar?
d. Siapa yang memberi ilham ketika anak menjawab soalan?
4. Banyakkan solat hajat dan bacaan yaasin....dan minum air yaasin.Air bacaan alquran molekul airnya suci dan amat baik untuk diri.
5. Air Yaasin perlu dibawa setiap kali peperiksaan,
6. Sebelum menjawab soalan selawat terlebih dahulu. Jika boleh setiap memulakan setiap soalan.

Saturday, September 25, 2010

Sambutan Hari Raya - SEMEKAP 2010
















Tarikh : 25 September 2010
Hari : Sabtu
Tempat : SMK Ampang Pecah Bestari
Aktiviti : Ucapan YDP PIBG, persembahan pelajar, jamuan hari raya untuk pelajar dan staf.
Harapan : Semoga aktiviti ini dapat mengeratkan hubungan silaturrahim warga semekap.

Wednesday, September 15, 2010

Syawal - PMR 2010 Semakin Hampir

Peperiksaan PMR tidak berapa lama lagi. Dalam keriangan menyambut syawal....pelajar2 tg 3 perlu bijak membahagikan masa untuk mengulangkaji pelajaran buat persediaan peperiksaan yang bakal tiba.

Korbankan keriangan dan kegembiraan untuk hari ini demi kejayaan dan kesenangan di masa depan....

Gunalah peluang dan ruang pada kali ini dengan sebaik2 nya...kerana PMR hanya datang sekali sahaja dalam hidup kita....selepas ini tiada lagi PMR kali ke 2 atau seterusnya....

Pelajar PMR : Selamat berjuang melawan nafsu diri dan berjuang di bulan Syawal ini ...Semoga pengorbanan yang anda lakukan mendapat ganjaran yang setimpal dengan usaha anda semasa menerima keputusan PMR kelak...AMIN.

Selamat Tinggal Ramadhan....Selamat Datang Syawal











Alhamdulillah kita telah berjaya menempuh bulan Ramadhan dan kini meraikan kemenangan di bulan Syawal. Harapan latihan ibadah dan praktikal jiwa di bulan Ramadhan dapat diteruskan di bulan-bulan seterusnya sehingga berjumpa semula Ramadhan di tahun hadapan..InsyaAllah. Hiasilah bulan Syawal dengan amalan bermaaf-maafan, menziarahi orang2 tua dan saudara mara...
Semoga kita diberi kekuatan dan kesabaran untuk melalui hari-hari seterusnya dengan semangat Ramadhan yang optimun....Amin