Thursday, February 25, 2010

KISAH 14 : MAULIDURRASUL 1431 H


Sambutan maulidurrasul peringkat sekolah dijalankan hari ini. Seorang uztaz dari Darul Quran telah dijemput khas bagi menyampaikan ceramah pada pagi ini. Majlis dimulai dengan berselawat dan diperdengarkan bacaan Alquran oleh dua orang pelajar lelaki.


Nabi Muhammad SAW adalah ikutan dan idola umat Islam. Sebagai manusia kita perlukan role model untuk kita contohi. Melalui ajaran sunnah yang dipelajari memberi pengetahuan yang perlu diaplikasukan dalam kehidupan. Sememangnya kita telah jauh dengan amalan sunnah rasulullah.


Masih segar dalam ingatan saya. di awal 90 an, semasa saya masih baru setahun jagung mengajar....semasa permulaan belajar, semua murid akan berdoa memberi kefahaman ilmu. Doa itu diterjemahkan ke dalam bahsa melayu ...agar mudah difahami dan mesej yang disampaikan untuk pelajar berjaya diikuti. Semasa pelajar menulis, pelajar akan diperdengarkan alunan zikir Raihan seperti selawat nabi, asma ul husna dan subhanallah, alhamdulillah dan allhu akbar.

Sambil menulis pelajar berzikir....Masa ketiadaan gurupun begitu, ketua kelas akan memulakan zikrullah dan seterusnya diikuti oleh ahli kelas yang lain. Terasa tenangnya mengajar ketika zaman itu.


Kini masa dah berubah, dimana-mana sahaja kita didedahkan dengan alunan muzik yang kadang-kadang tiada nilai dan moral. Malah anak-anak sekolah berpendidikan agama juga menggunakan ipod disumbatkan ke telinga mendengar muzik sepanjang masa....Betullah teringat saya suatu hadis: Manusia akan lalai dengan hiburan-hiburan (musik) yang mengasyikkan.Hiburan sekarang terlampau banyak : TV astro, video, games, semuanya itu adalah alat teknologi yang banyak merosakkan mentaliti, emosional dan spiritualiti anak-anak.


Persekitaran yang tisak sihat, pemakan yang tidak mengikut sunnah juga menambahkan kekalutan kehidupan.Kismis, madu, kurma, air zam-zam adalah sumber kesihatan yang asli dan perlu dihidupan semula pemakanan sunnah ini.


MUHASABAH DIRI : IKUT SUNNAH NABI.


I. IBADAH

2. HABLUMINALLAH

3. HABLUMINANNAS

4. PEMAKANAN

5. PEKERJAAN

KISAH 13: Pilih kasih


Dua orang pelajar tingkatan 5 pagi-pagi lagi dah mengejarku. Cikgu....saya nak jumpa cikgu hari ini...cikgi free ke? tanya pelajar perempuan itu. Aku maklumkan padanya...InsyaAllah lepas rehat ye..


Semasa waktu rehat, pelajar tadi bersama seorang rakan telah berada di bilik kaunseling. selepas memberi surat kebenaran keluar kelas kepada guru yang berada di dalam kelasnya,,,sesi kaunselingpun bermula.


Klien memulakan perkongsian dengan wajah yang murung....sambil berkata, saya ni banyak masalah le cikgu.... tak tahu macam mana nak mula. Setelah menjalankan sedikit rapor dengan klien maka klien bermotivasi untuk meneruskan perkongsiaannya.Klien aktif menceritakan kisahnya.


Menurut klien dia adalah anak kedua daripada 4 orang adik beradik...Keluarganya bermasalah kerana ayahnya tiada pekerjaan yang tetap manakala ibunya pula bekrja sebagai pembantu am rendah. Pendapatan yang tidak menentu memaksa klien dan kakaknya buat part time work di waktu cuti sekolah.


Kebanyakkan kos keperluan sekolah, klien beli dengan menggunakan sumber wang gaji yang diperlehi. Wang itu dibelinya kasut sekolah, baju sekolah dan beg sekolah,,,malah beg sekolah adiknya juga dibelikan. Kadang-kadang wang gajinya diberikan kepada ibunya buat perbelanjaan dapur.


Klien menitiskan air mata apabila menyatakan dia tidak berpuas ahti dengan sikap mak dan kakaknya. Ini kerana maknya sering menghiraukan dirinya dan sering memarahinya apabila berada di rumah. Ada sahaja tingklahlaku nya yang tidak disukai oleh maknya. Klien menyatakan dia sering membantu emaknya mengemas rumah dan memasak di dapaur kerana taju maknya oenat pergi bekerja...tetapi klien mersakan maknya tak menghargai apa yang telah dibuat...leteran demi leteran itulah balasan yang diterima.


Berbanding dengan kakanya yang telah habis sekolah, yang selalu tidak memabntu mak dan sering keluar rumah berjalan....sikitpun tidak dimarahi oleh mkanya. Klien akui kakaknya lebih cantik dan pandai daripadanya....tapi kakaknya malas dan tidak membantu kewangan keluarga. Gaji yang diperolehi disimpan sendiri...tidak membantu keluarga...Tapi maknya sedikitpun tak memarahinya.


Klien pernah berkata kepada maknya...kenapa layanan mak tidak sama seperti kakaknya...adakah kerana dia bodoh berbanding kakak?? tapi maknya tidak menjawab pertanyaannya. Berkali-kali klien menulis surat kepada maknya meluahkan perasaannya apa yang dirasai tentang sikap pilih kasih maknya...tetapi balasannya ialah maknya mengejek-ejek nya dan memaklumkan kepada kakaknya.


Klien berasa sedih tetapi tidak berdendam. kakaknya pernah memaklumkan kepadanya bahawa selepas habis belajar kakaknya kan meninggalkan keluarga ini dan tidak akan kembali. Manakala klien pula berazam walaupun sedih akan perbuatan maknya dia tetap akan menjaga maknya jika maknya sakit....


Sebagai ibu, kadang-kadang kita tidak menyedari perbuatan kita dinilai oleh anak-anak. anak-anak merasakan kita bersikap tidak adil dan pilih kasih terhadap anak-anak. Tunjukkanlah kasih sayang yang sama rata kepada anak-anak,.agar mereka tidak merasakan diri mereka diabaikan. Rasa 'low self esteem' terbentuk dalam diri anak-anak jika kasih sayang dari individu yang paling rapat dengannya mengabaikannya.

KISAH 12 : kepercayaan anak-anak vs tindakan orang dewasa


Hari ini dikantin rancak, rakan-rakan sedang berbual sambil menjamu selera. Inilah saat terapeutik bagi guru untuk release stress dan sharing moment secara santai. Sambil makan, rakan di sebelahku begitu bersemangat bercerita kepada rakan dihadapanku. Dengan penuh emosi dia memulakan ceritanya tetang maklumat yang diperoleh dari seorang penceramah motivasi.


Menurut penceramah ibubapa dan orang dewasa adalah pementuk kepercayaan anak-anak. Ini kerana tanpa berhai-hati kita telah mendidik anak kepada suatu fahaman dan kepercayaan yang salah dan kepercayaan dan fahaman itu akan dipegang sehingga dewasa. Misalnya semasa kecil, kanak-kanak perempuan menceritakan kepada ibunya....dia diminati oleh seorang kawan lelaki dan sering mengusiknya. Jika respon ibunya secara negatif terhadap statement anaknya ....misalnya mengatakan anaknya jangan menggatal, jangan jadi bodoh...dan tidak membimbing anak apa yang sepatutnya dia bertindak....situasi sebegini akan memberi fahaman dan kepercayaan pada anak bahawa lain kali jika budak lelaki itu menganggu dia, dia tidak boleh beritahu ibunya.....dan mungkin anak perempuan ini akan bertanya rakan-rakan yang seusia dengannya dan mungkin juga mendapat maklumat yang salah dan cara bertindak yang salah.


Rakan tadi menceritakan lagi bahawa dia telah terlepas suatu peluang berkongsi maklumat dengan anak perempuannya...Ini kerana semasa anak remaja perempuannya menceritakan kisah rakan-rakan lelaki kepadanya..dia telah memberi respond yang negatif kepada anak perempuannya itu dan sejak itu anaknya tidak lagi menceritakan isu itu kepadanya. Rakan tadi rasa kesal tindakannya telah memberi kepercayaan salah kepada anak perempuannya bahawa tidak boleh bercerita mengenai rakan lelaki kepada ibunya.


Dari tindakan ibu tersebut anak tadi mungkin dapat satu kefahaman dan kepercayaan tidak akan menceritakan masalahnya pada ibunya lagi.Kepercayaan yang salah ini akan dipegang sehingga dewasa jika ibu tidak memperbetulkan balik situasi ini.


Sebagai ibubapa di era globalisasi ini, kita sering dikejutkan oleh anak-anak dengan cerita-cerita mereka di dunia mereka. Dunia kanak-kanak dan dunia remaja semakin jauh meninggalkan orang dewasa sehinggakan kita lupa bahawa kitapun pernah melalui saat-saat seperti mereka dulu. Kanak-kanak akan bercerita jika ada unsur penggalak oleh individu signifikan...walaupun cara kanak-kanak dan remaja ini bercerita secara santai dan kadang-kadang tidak sesuai pada timing atau masa orang dewasa, kadang-kadang orang dewasa tidak perasan bahawa apa yang disampaikan itu adalah suatu masalah yang besar dan berat bagi kanak-kanak itu. Oleh itu ibubapa perlulah bersedia untuk menjadi PENDENGAR YANG BAIK SEPANJANG MASA BERKONGSI DENGAN ANAK-ANAK.


Sememangnya sukar untuk menjadi pendnegar yang baik. Kerana kita perlu mendengar dengan teliti, memahami maklumat dan memproses maklumat itu dan memberi respond kepada anak-anak....Walaupun sukar tapi kesannya adalah baik di sepanjang hayat anak dan ibubapa tersebut.Ini kerana jika suatu insiden yang dihadapi dan anak memperolehi resolusi yang positif dari individu signifikan maka kepercayaan yang betul ini akan dipegang jika dia menghadapi peristiwa-peristiwa yang sama dimasa hadapan. Kepercayaan yang positif terhadap individu signifikan memberi penggalak pada anak-anak untuk berkongsi sebarang masalah yang dihadapi sehingga sepanjang hayat.


Semoga kita bersabar untuk MENJADI PENDENGAR YANG BAIK DAN BERJAYA MEMBERI KEPERCAYAAN YANG BETUL KEPADA ANAK-ANAK PEWARIS GENERASI KITA. AMIN.


KISAH 11 :unfinished vs mazmumah


Hari ini seorang klien lelaki berusia awal 20an datang secara sukarela. Lelaki melayu yang agak pendiam ini banyak berfalsafah sepanjang perkongsian berjalan. Cara pertuturannya yang perlahan-perlahan dan berhati-hati seolah-oleh belaiu sedang berusaha mengingatkan semula peristiwa di zaman kanak-kanaknya. Klien kerap menyatakan bahawa apa yang diingini sering tak dapat..... tak ada maknanya dia ada atau tiada kerana ianta tidak memberi makna apa-apa kepada individu signifikan dengannya.

Klien merupakan anak bongsu daripada tujuh orang adik beradik dan dibesarkan dalam keluarga yang agak susah. Beliau kerap menceritakan keadaannya semasa kecil yang kurang mendapat perhatian daripada ibubapa dan kakak-kakaknya. Beliau mengharapakan dia mendapat perhatian daripada ahli keluarganya malangnya apabila kelahiran anak saudaranya semasa dia berusia 7 tahun telah mengubah perhatian ibubapanya kepada anak saudaranya itu. Beliau merasakan ibu dan bapanya lebih menyayangi cucunya daripada dirinya.

Klien juga keberatan untuk pulang ke kampung kerana tiada maknanya dia balik ke kampung kerana tiada siapa yang memberi perhatian kepadanya....setiap kali balik kampung , dia perhatikan ibubapanya sibuk melayan cucu manakala kakak-kakaknya sibuk menambah pendapatan dengan membuat kerja part time sehingga belaiu merasakan dirinya tiada makna bagi ahli keluarganya.

Sikap klien yang pendiam dan kurang berinteraksi dengan orang lain menyebabkan sukar orang lain mengetahui apa kehendaknya..klien pula kerap menyatakan dia perlukan orang lain mengambil berat tentangnya, bercakap dengannya ....tetapi dia sendiri sukar untuk memulakan sesuatu komunikasi.Klien juga mengatakan dia boleh bersabar setiap apa yang berlaku dan akan membawa sikap sabar itu hingga mati. Dan klien menyatakan dia tidak perlu ubah apa-apa sebab yakin dia tak akan berjaya. Tetapi pada masa yang sama klien sering 'meletup' (marah secara tiba-tiba) sekiranya ada sesuatu yang dia tidak selesa.

Semasa bersama kawan, klien merasakan keliru dengan dirinya....klien merasakan dia sentiasa berseorangan walaupun dikelilingi rakan...ini kerana sekiranya dia berada dalam kelompok rakan.....tiada seorang rakanpun yang bercakap dengannya..mereka hanya bercakap sesama sendiri dan seolah-olah dia tidak wujud disitu....

Situasi klien yang sering menceritakan zaman kanak-kanak yang tidak ceria dan sering menyalahkan ibubapa dan adik-beradik yang lain kerana tidak memberi perhatian kepadanya memberi suatu kepercayaan yang salah kepadanya bahawa dia tidak akan mendapat apa-apa kebahagian di masa depan.Peristiwa semasa kecil dan zaman remaja yang banyak unfinished memberi suatu pendaman perasaan kepada klien.Kepercayaan yang salah dan pendalaman unfinished dalam tempoh yang lama membentuk karakter klien dan mind set yang salah serta 'tiada expectation' dan tidak ceria. Bagi klien dia tidak perlu mengharapakan apa-apa kerana dia pasti apabila dia mengharapkan sesuatu pastinya perkara itu tidak akan dapat...

Banyak peritiwa zaman kanak-kanak dan remaja yang memberi kesan kepercayaan dan pegangan hidup seorang dewasa. Peristiwa unfinished semasa kanak-kanak dan remaja teruatama dikalangan individu yang rapat dengannya seperti ibu, bapa dan adik beradik memberi suatu pegangan dan kepercayaan kanak-kanak itu dan dipegang sehinggalah dewasa. Pengetahuan bawah sedar ini , tidak disedari oleh klien sekiranya klien tidak berusaha untuk memulihkan atau 'clearkan' perasaan, tanggapan yang tidak selesa itu.Sikap klien yang suka 'meletup' pada sesuatu yang dia tidak selesa menggambarkan pendalam yang unfinished tadi menyebabkan klien tidak bijak untuk menguruskan emosi dan meluahkan perasaanya secara berhikmah (dia selesa bercakap dan orang lain boleh terima apa yang disampaikan). orang

Sebagai seorang dewasa, kita perlu clearkan peristiwa unfinish zaman kanak-kanak dan remaja agar zaman dewasa lebih ceria. Jika ini tidak dilakukan ia akan menambahkan ciri-ciri mazmumah dalam diri. Memberi kemaafan dan menerima segala peristiwa yang lalu adalah rezeki kita dan menerima sesuatu peristiwa di sudut positif adalah cara yang terbaik. Sampai bilakah kita nak membawa peritiwa unfinished yang banyak mazmumah itu dalam hidup kita....sedangkan peristiwa itu sudah jauh meninggalkan usia kita dan kita semakin dewasa. Tinggalkanlah segala peristiwa di zaman kanak-kanak sebagai suatu mimpi dan teruskan hidup dengan lebih positif dalam dunia realiti. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita. Amin.

Wednesday, February 3, 2010

KISAH 10: REAL SELF : BAIK VS BURUK

Petang semalam ada sukantara di padang. Cuaca yang amat panas jam 2.30 petang....bayangkanlah....panasnya Allah SWT sahaja yang tahu rasanya dalam diri ini. Sambil menunggu pelajar aku ditugaskan sebagai penjaga masa larian 200 meter. Kaunselor serba boleh, boleh buat semua kertja....tapi orang lain tak boleh buat kerja kaunselor. Ini lah realiti kaunselor sekolah. Tapi as kaunselor must think positif.... inilah peluang untuk melihat kerakter pelajar dan guru-guru di sekeliling sambil merasai dan menjiwai sesi perbualan mereka....
Sedang aku menunggu perserta larian ...aku lebih suka duduk diam dan berzikir.. di dalam cuaca yang panas tu ...terasa semasa aku menunaikan haji di Mekah dulu...suasana yang panas dapat diatasi dengan memfokuskan minda kearah sesuatu yang positif....lalu hati jadi tenang...
Situasi aku yang diam pada ketika itu, ditegur oleh seorang guru. Hai..kaunselor diam sahaja...kalau begini le jadi kaunselor nanti orang takut nak dekat..... Saya senyum dan berkata 'thats your perception....bukan orang lain'......dia terus diam'....

Persepsi masyarakat kaunselor sepatutnya perfect.... mesti ceria, aktif, sempurna kerja...dan bla,bla..... sehinggakan kadang-kadang sukar untuk kaunselor menjadi diri sendiri ...real self. Apabila kaunselor sebagai manusia biasa menjadi diri sendiri 'real self' ada saja teguran-teguran sumbang di kalangan masyarakat. Hakikatnya kaunselor juga manusia biasa....yang ada kelemahan dan perlu ruang untuk menjadi diri sendiri....tak perlu hipokrit dengan diri sendiri sehingga stress kerana nak menjadi ideal self seperti yang dikehendaki oleh masyarakat.....
Kaunselor perlu profesional semasa bertugas semasa sesi kaunseling ....tetapi diluar sesi kaunseling kaunselor perlu menjadi diri sendiri agar dia dapat memenuhi segala keinginan sebenar diri bukannya hanya memenuhi kehendak orang lain yang tak habis-habis......... Tapi inilah hakikat orang kita......bila kaunselor buat sesuatu yang tak berkenan dihati mereka....lebelling tetap menjadi hiburan mereka...biarkan............

Semoga Allah SWT memberi kekuatan untuk meneruskan kareer kaunseling di sekolah....dan menjadi 'real self' daripada stress menjadi 'ideal self'.

Monday, February 1, 2010

KISAH 9: BENCI VS MAKAN HATI SENDIRI


Hampir waktu balik aku diajukan oleh satu soalan....bagaimanakah kita boleh mengatasi perasaan benci pada sesorang ? perasaan benci itu datang dan pergi kemudian ada masa-masa ...datang balik.


Aku merenung wajah klienku dan mendapati dia sememangnya stress dengan perkara ini. Kita ada kuasa memilih....Perasaan Benci adalah pilihan diri sendiri sama ada mahu benci seseorang...dan teruskan emosi stress itu sepanjang hari ataupun kita pilih untuk memilih perasaan yang lebih selesa dan memaafkan mereka atau ignore sahaja individu itu dalam kotak fikiran kita....We have power to choose.


Dalam hidup ini...masalah datang dan pergi...kemudian datang kembali...asalkan nama hidup ...memang ada masalah.Perasaan benci adalah perasaan tidak suka seseorang ..... apabila ada sesuatu yang tak kena dengan prinsip kita.......


Memanglah hak kita untuk membenci seseorang...tapi cuba fikirkanlah apa baiknya pada diri kita jika perasaan ini berterusan....


Sanggupkah kita membawa perasaan benci itu sepanjang masa....yang akhirnya ketidakselesaan emosi itu berbalik kepada diri kita sendiri.....Kata-kata dalam mazmumah yang bermain-main dihati kita walaupun tidak diluahkan boleh tergambar dari air muka kita.....dan menyebabkan emosi ceria kita sepanjang hari musnah angkara perasaan benci ini....akibat ada perasaan benci seseorang sebenarnya ia akan makan hati kita sendiri


Pilihan di tangan kita....


Ya Allah Ya Tuhan Kami berikanlah kekuatan kepada kami dalam berhadapan dengan ragam manusia yang kekadang amat bertentangan dengan prinsip diri kami..sesungguhnya Engkaulah yang berkuasa membolakbalikkan perasaan ini...dan bimbinglah kami kearah kesejahteraan emosi agar kami dapat menempuh hidup ini dengan penuh ketenangan dan keimanan...Amin

KISAH 8 : TIADA ILMU : DUNIA SENGSARA , AKHIRAT MERANA




Surah Al-Alaq adalah surah pertama diturunkan yang menyuruh manusia membaca............


Membaca bertujuan mendapat ilmu..dari tak tahu kepada tahu..apabla kita tahu sesuatu perkara kita akan bertindak dan melakukan sesuatu dengan cara yang betul dan akhirnya tidak mendatangkan musibah kepada kita.




Klien pada hari ini adalah klien yang datang secara sukarela ke dalam bilik kaunseling. Dari non verbal yang ditunjukkan aku merasakan dia dalam keadaan amat depression....


Setelah melakukan penerokaan...kesimpulan yang aku perolehi...betapa ruginya anak-anak remaja sekarang ni yang didedahkan dengan pelbagai unsur gejala negatif tetapi mereka sendiri tidak tahu kesannya kepada mereka. Budaya negatif ini bukan sahaja dilakukan dia seorang malah melalui dari klien saya ini ada sekumpulan pelajar yang melakukan aktiviti yang sama.




Bagi pelajar yang bernasib baik dan diberi kefahaman dan pengajaran dari kesilapan yang dibuat...akan mendapat celik akal dan lebih berhati-hati di masa akan datang.....tapi bagi pelajar yang lemah IQ, cetek pengetahuan, kurang bimbingan ibu bapa.....maka nasib sajalah yang menentukan hidup mereka..... Walaupun mereka telah melakukan kesilapan, mereka akan terus melakukan kesilapan yang seterusnya walaupun kaunselor cuba membimbing mereka melalui kaunseling individu dan kelompok. Sikap baran, ego, tiada asas agama yang kukuh menyukarkan mereka untuk berubah.....Walaupun mereka tahu perbuatan mereka akan mendapat susah didunia....bagi mereka itu tidak mengapa asalkan keinginan mazmumah dipenuhi...malah jika matipun tak ape mereka rela ....walaupun diberitahu perbuatan itu menjerumuskan mereka ke neraka.
Melalui pengalamanku, sikap remaja bukan melayu walaupun melakukan perkara yang bertentangan dengan nilai keluarga mereka....mereka tetap melakukan sesuatu yang tidak menyusahkan mereka di dunia dan nampaknya mereka lebih bijak untuk membuat sesuatu dan mendapat keuntungan dunia. Berbeza dengan pelajar melayu yang seakan-akan 'merapu' dan tiada arah tuju , tiada tujuan, tiada keuntungan dan sanggup melakukan sesuatu yang merugikan diri sendiri dan keluarga.Walaupun telah jelas tindakan yang mereka akan ambil mendatangkan banyak kerugian dari kebaikan tetapi kerana sikap mazmumah dan ego yang menebal itulah yang mereka pilih....Astagfirullahhal azim...


Ya Allah, ya tuhanku...sesungguhnya aku individu yang lemah, bantulah aku untuk membimbing pelajarku agar mereka bantulah diri mereka agar tidak terjerumus ke lembah yang hina....Amin.