Hari ini dikantin rancak, rakan-rakan sedang berbual sambil menjamu selera. Inilah saat terapeutik bagi guru untuk release stress dan sharing moment secara santai. Sambil makan, rakan di sebelahku begitu bersemangat bercerita kepada rakan dihadapanku. Dengan penuh emosi dia memulakan ceritanya tetang maklumat yang diperoleh dari seorang penceramah motivasi.
Menurut penceramah ibubapa dan orang dewasa adalah pementuk kepercayaan anak-anak. Ini kerana tanpa berhai-hati kita telah mendidik anak kepada suatu fahaman dan kepercayaan yang salah dan kepercayaan dan fahaman itu akan dipegang sehingga dewasa. Misalnya semasa kecil, kanak-kanak perempuan menceritakan kepada ibunya....dia diminati oleh seorang kawan lelaki dan sering mengusiknya. Jika respon ibunya secara negatif terhadap statement anaknya ....misalnya mengatakan anaknya jangan menggatal, jangan jadi bodoh...dan tidak membimbing anak apa yang sepatutnya dia bertindak....situasi sebegini akan memberi fahaman dan kepercayaan pada anak bahawa lain kali jika budak lelaki itu menganggu dia, dia tidak boleh beritahu ibunya.....dan mungkin anak perempuan ini akan bertanya rakan-rakan yang seusia dengannya dan mungkin juga mendapat maklumat yang salah dan cara bertindak yang salah.
Rakan tadi menceritakan lagi bahawa dia telah terlepas suatu peluang berkongsi maklumat dengan anak perempuannya...Ini kerana semasa anak remaja perempuannya menceritakan kisah rakan-rakan lelaki kepadanya..dia telah memberi respond yang negatif kepada anak perempuannya itu dan sejak itu anaknya tidak lagi menceritakan isu itu kepadanya. Rakan tadi rasa kesal tindakannya telah memberi kepercayaan salah kepada anak perempuannya bahawa tidak boleh bercerita mengenai rakan lelaki kepada ibunya.
Dari tindakan ibu tersebut anak tadi mungkin dapat satu kefahaman dan kepercayaan tidak akan menceritakan masalahnya pada ibunya lagi.Kepercayaan yang salah ini akan dipegang sehingga dewasa jika ibu tidak memperbetulkan balik situasi ini.
Sebagai ibubapa di era globalisasi ini, kita sering dikejutkan oleh anak-anak dengan cerita-cerita mereka di dunia mereka. Dunia kanak-kanak dan dunia remaja semakin jauh meninggalkan orang dewasa sehinggakan kita lupa bahawa kitapun pernah melalui saat-saat seperti mereka dulu. Kanak-kanak akan bercerita jika ada unsur penggalak oleh individu signifikan...walaupun cara kanak-kanak dan remaja ini bercerita secara santai dan kadang-kadang tidak sesuai pada timing atau masa orang dewasa, kadang-kadang orang dewasa tidak perasan bahawa apa yang disampaikan itu adalah suatu masalah yang besar dan berat bagi kanak-kanak itu. Oleh itu ibubapa perlulah bersedia untuk menjadi PENDENGAR YANG BAIK SEPANJANG MASA BERKONGSI DENGAN ANAK-ANAK.
Sememangnya sukar untuk menjadi pendnegar yang baik. Kerana kita perlu mendengar dengan teliti, memahami maklumat dan memproses maklumat itu dan memberi respond kepada anak-anak....Walaupun sukar tapi kesannya adalah baik di sepanjang hayat anak dan ibubapa tersebut.Ini kerana jika suatu insiden yang dihadapi dan anak memperolehi resolusi yang positif dari individu signifikan maka kepercayaan yang betul ini akan dipegang jika dia menghadapi peristiwa-peristiwa yang sama dimasa hadapan. Kepercayaan yang positif terhadap individu signifikan memberi penggalak pada anak-anak untuk berkongsi sebarang masalah yang dihadapi sehingga sepanjang hayat.
Semoga kita bersabar untuk MENJADI PENDENGAR YANG BAIK DAN BERJAYA MEMBERI KEPERCAYAAN YANG BETUL KEPADA ANAK-ANAK PEWARIS GENERASI KITA. AMIN.
No comments:
Post a Comment