Wednesday, May 12, 2010

Perkongsian Menyentuh Hati

Hari ini di waktu rehat aku cuba pastikan diri aku berada di bilik kaunseling. Sejak akhir-akhir ini ramai pelajar datang ke bilik kaunseling...dan waktu rehat adalah masa yang terbaik untuk menjalankan sesi agar P&P tidak terganggu.

Seorang PRS datang kepada ku menceritakan masalah rakan sebaya. PRS tingkatan 1 ini amat bertanggungjawab dan bersungguh-sungguh ingin membantu rakan sebayanya.
PRS ini sanggup ke rumah rakan dan membantu rakan dalam bentuk material dan berbincang dengan ibu rakannya mengenai masalah yang dihadapinya.

Pengajaran peristiwa pagi ini: Tidak boleh menilai seseorang berdasarkan umur dan penampilan seseorang. PRS yang baru ting. 1 ini berfikiran matang dan banyak mengetahui rahsia kehidupan.

Thank u saiful...mama learn something dari u hari ini.

Kursus PRS sesi 1

Kursus Pembimbing Rakan Sebaya Siri 1 2010.

Semua PRS menjalani kurus PRS siri 1 pada 13 Mei 2010.
Topik yang dikongsikan ialah :
i. Falsafah PRS
ii. Prinsip PRS
iii. Peranan Anda Sebagai PRS
iv. Etika PRS

Aktiviti yang dijalankan:
i. Penerangan dari kaunselor
ii. Brainstorming
iii. Perbincangan Ahli Kelompok
iv. Pembentangan Hasil Kerja Kumpulan
v. Presentation ' Latihan Ice breaking'

Alhamdulillah semua ceria sepanjang kursus dan diharapkan mendapat sambutan yang baik di kursus prs siri 2 kelak...InsyaAllah.

Friday, May 7, 2010

KAUNSELING BERFOKUS PMR DAN SPM 2010











SELAMAT HARI IBU




SYURGA DI BAWAH TAPAK KAKI IBU.




RESTU IBU....HIDUP BAHAGIA


RESTU IBU...LALUAN HIDUP DIPERMUDAHKAN


REDHA IBU.....HATI SENTIASA TENANG DAN LAPANG


REDHA IBU.....REDHA ALLAH SWT




TANPA IBU....TIADA TEMPAT NAK MENGADU


TANPA IBU....SIAPA YANG MENJADI PENDENGAR YANG BAIK


TANPA IBU....KEMANA NAK MENUMPANG KASIH




HARGAILAH IBU...


SEMENTARA IBU MASIH ADA.....


DOA LAH UNTUK IBU SEMOGA SEJAHTERA SEPANJANG MASA


SEBUTLAH SAYANG IBU......SEBAGAI MEDIUM PENGUBAT RINDU


PELUKLAH IBU...SENTUHAN YANG AMAT DIPERLUKAN YANG TIDAK TERNILAI HARGANYA.....................




Bagiku mak adalah segala-galanya...aku bersyukur masih ada ibu yang amat aku sayang.


Aku yakin dengan janji Allah SWT dan terbukti redha ibu...redha Allah SWT


Pencapaian aku kini adalah redha ibuku....


Doa yang sering saya ungkapkan setiap kali lepas solat...semoga mak sejahtera didunia dan diakhirat dan masukkanlah mak ke syurga bersama-sama dengan para soleh dan solehin,,AMIN

Mak Nyah Sayang mak.

HARTA YANG KEKAL




Kita sibuk didunia ini mencari harta....tanpa disedari kita mencari harta yang tidak kekal dan menjadi mazmumah dalam kehidupan kita.




Harta yang terbaik adalah Lidah yang sentiasa berzikir dan Hati yang sentiasa Bersyukur.




Qada dan Qadar


Isu Qada dan qadar memerlukan kefahaman yang jitu. Sedang memandu mengambil anak pulang dari sekolah agama radio IKIM menjadi teman. Isu yang dibincangkan adalah qada dan qadar.

Ustaz menceritakan Kisah Nabi Musa yang mengetahui apakah ertia qada dan qadar. Allah SWT memerintahkan nabi Musa untuk duduk disebatang sungai dan memerhatikan dari jauh apa yang akan berlaku. Selang beberapa ketika, datang seorang pemuda menunggang kuda ke sungai. Dia meletakkan uncang dibatu dan meminum air di sungai itu. Selepas memberi kudanya minum dia menunggang kuda dan meninggalkan tempat itu tetapi terlupa akan uncang yang diletak diatas batu tadi.

Kemudian datang seorang budak lelaki yang datang ke sungai itu untuk minum air. Apabila ternampak uncang dibatu itu budak itu terus mengambilnya dan membawa pulang ke rumahnya. Seketika kemudian datang pula, seorang lelaki tua yang buta terbongkok-bongkok dan meraba-raba mencari air. Selepas minum air di situ....tiba-tiba pemuda yang menunggang kuda tadi datang berpatah balik dan bertanya orang tua buta itu...Orang tua di manakah uncang diatas batu ini tadi? orang tua itu menjawab...saya tak tahu saya nikan buta. Saya tak nampak apa-apa...Dengan marah pemuda itu mengeluarkan pedang dan membunuh orang tua itu.

Nabi Musa bertanya kepada Allah SWT. Apakah sebenarnya kejadian ini.
Allah SWT menyatakan bahawa budak lelaki yang mengambil uncang itu sebenarnya dia mengambil uncang bapanya yang telah dicuri oleh pemuda yang menunggang kuda itu. Manakala orang tua yang dibunuh oleh penunggang kuda itu sebenarnya adalah pembunuh kepada bapa pemuda yang menunggang kuda itu 20 tahun yang lalu.

Satu lagi kisah yang diceritkan ustaz ialah bagaimana seorang lelaki yang berlumuran darah telah ditangkap oleh penduduk kampung kerana dituduh membunuh. Lelaki itu menafikan tuduhan itu dan menyatakan dia membunuh seekor unta. Walaupun dia bercakap benar tetapi penduduk kampung masih menuduhnya membunuh orang dan sehinggalah hari hukuman bunuh dihatuhkan. Lelaki itu mengaku dia membunuh orang tetapi bukan masa kini tetapi semasa zaman mudanya dulu.

Pengajaran dari kisah ini ialah setiap yang berlaku kadang-kadang di pandangan mata kita adalah buruk,tidak adil, kejam dan zalim.Tetapi setiap kejadian Allah SWT itu ada hikmahnya.
Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan kepada kita untuk sentiasa menjadikan Alquran dan Assunnah sebagai panduan. Di era globalisasi ini kita sering memandang apa yang nyata dan kenyataan itu kadang-kadang amat mengelirukan. Berpegang kepada manusia di zaman ini amat sukar sekali kerana ramai manusia yang bertopeng dan ini amat mengelirukan kita.

Semoga kita sentiada dberada di jalan yang lurus dan sentiasa berada dalam petunjuk dan keredhaan Allah SWT. AMIN.

Thursday, May 6, 2010

Remaja Kritikal vs Ceramah Sosial







Tahniah! - Pelajar SPM 2009 : Selamat datang ke gerbang ilmu pengajian tinggi




Alhamdulillah! Tahniah! pelajar-pelajar SPM 2009 yang telah berjaya menerima tawaran ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Politeknik dan Tingkatan 6 bawah.

Bagi pelajar yang mendapat tawaran yang lebih daripada satu, bijaklah membuat keputusan. Buatlah sembahyang isthikorah dan bermusyawarahlah (berbincang secara berhikmah) dengan ibubapa dan ahli keluarga. Semoga keputusan muktamad yang dibuat adalah keputusan yang terbaik buat diri anda dan ahli keluarga.

Banyak aspek yang perlu diambil kira,minat kerjaya, kesesuaian personaliti, kemampuan diri mengikuti jurusan yang ditawarkan, kos pengajian, kehendak ibubapa, dan lokasi pengajian.Setelah dikaji baik buruk maka pilihlah keputusan yang banyak kebaikan dari keburukan.

Setelah pilihan dibuat, bersedialah untuk mengkaji aspek-aspek dan situasi yang akan ditempuhi dan sekiranya ada masalah dimasa hadapan berkatalah pada diri sendiri...ini adalah pilihan aku dan aku perlu bertanggungjawab dan berani menempuh segala cabaran dan halangan yang mendatang...

Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan redha dengan pilihan yang dibuat.

Saturday, May 1, 2010

KISAH 20 : INTERNET VS TANGGUNGJAWAB

Semasa membimbing pelajar didalam kelas, saya sering berkongsi maklumat dengan pelajar isu-isu semasa dari aspek psikososial. Apabila telah ada kepercayaan bersama kaunselor, mudah le kita nak meminta respond secara jujur dari pelajar.Dalam bab psikososial saya sering bertanya kepada pelajar apakah maklumat yang dicari semasa search di internet.

Rata-rata menjawab mereka melayari facebook, myspace, blog diri dan rakan. Adalah baik jika mereka menggunakan internet untuk kebaikan.Malangnya ada di kalangan mereka yang bertujuan untuk search maklumat yang tidak sihat seperti video lucah, seks, dan unsur-unsur keganasan dalam bentuk game.

Saya pernah ditanya oleh klien...cikgu bagaimanakah nak hilangkan ingatan video seks yang saya dah lihat...ianya selalu menganggu fikiran saya semasa belajar sama ada di dalam kelas atau di rumah? Suatu cabaran untuk kaunselor membantu klien sebegini. Taubat nasuha dan latihan yang konsiten sahaja lah yang mampu mengubahnya.

Kerisauan juga memikirkan apabila saya berkongsi dengan rakan kaunselor keluarga yang menyatakan pada saya kes penceraian suami-isteri banyak berpunca dari face book. Ramai suami-suami berasmara di alam maya dengan isteri orang dan bergitu juga sebaliknya. Si suami yang mencari keseronokan di alam siber dan tidak bertanggungjawab dengan perbuatan mereka...sedangkan Allah SWT telah berpesan setiap perbuatan adalah tanggungjawab anda dan akan menerima pembalasan. Menurut rakan kaunselor, mazmumah alam siber ni amat banyak dan merupakan kes penceraian tertinggi sejak akhir-akhir ini. Amat menakutkan....

Suatu cabaran untuk kita orang dewasa untuk melatih diri kita dan anak-anak agar bertanggungjawab semasa search di internet. Semoga Allah SWT memelihara diri kita dan generasi kita dari unsur-unsur mazmumah dan memberi kekuatan untuk terus merasakan bertanggungjawab diatas tindakan yang dibuat....AMIN