Friday, May 7, 2010

Qada dan Qadar


Isu Qada dan qadar memerlukan kefahaman yang jitu. Sedang memandu mengambil anak pulang dari sekolah agama radio IKIM menjadi teman. Isu yang dibincangkan adalah qada dan qadar.

Ustaz menceritakan Kisah Nabi Musa yang mengetahui apakah ertia qada dan qadar. Allah SWT memerintahkan nabi Musa untuk duduk disebatang sungai dan memerhatikan dari jauh apa yang akan berlaku. Selang beberapa ketika, datang seorang pemuda menunggang kuda ke sungai. Dia meletakkan uncang dibatu dan meminum air di sungai itu. Selepas memberi kudanya minum dia menunggang kuda dan meninggalkan tempat itu tetapi terlupa akan uncang yang diletak diatas batu tadi.

Kemudian datang seorang budak lelaki yang datang ke sungai itu untuk minum air. Apabila ternampak uncang dibatu itu budak itu terus mengambilnya dan membawa pulang ke rumahnya. Seketika kemudian datang pula, seorang lelaki tua yang buta terbongkok-bongkok dan meraba-raba mencari air. Selepas minum air di situ....tiba-tiba pemuda yang menunggang kuda tadi datang berpatah balik dan bertanya orang tua buta itu...Orang tua di manakah uncang diatas batu ini tadi? orang tua itu menjawab...saya tak tahu saya nikan buta. Saya tak nampak apa-apa...Dengan marah pemuda itu mengeluarkan pedang dan membunuh orang tua itu.

Nabi Musa bertanya kepada Allah SWT. Apakah sebenarnya kejadian ini.
Allah SWT menyatakan bahawa budak lelaki yang mengambil uncang itu sebenarnya dia mengambil uncang bapanya yang telah dicuri oleh pemuda yang menunggang kuda itu. Manakala orang tua yang dibunuh oleh penunggang kuda itu sebenarnya adalah pembunuh kepada bapa pemuda yang menunggang kuda itu 20 tahun yang lalu.

Satu lagi kisah yang diceritkan ustaz ialah bagaimana seorang lelaki yang berlumuran darah telah ditangkap oleh penduduk kampung kerana dituduh membunuh. Lelaki itu menafikan tuduhan itu dan menyatakan dia membunuh seekor unta. Walaupun dia bercakap benar tetapi penduduk kampung masih menuduhnya membunuh orang dan sehinggalah hari hukuman bunuh dihatuhkan. Lelaki itu mengaku dia membunuh orang tetapi bukan masa kini tetapi semasa zaman mudanya dulu.

Pengajaran dari kisah ini ialah setiap yang berlaku kadang-kadang di pandangan mata kita adalah buruk,tidak adil, kejam dan zalim.Tetapi setiap kejadian Allah SWT itu ada hikmahnya.
Semoga Allah SWT memberi kita kekuatan kepada kita untuk sentiasa menjadikan Alquran dan Assunnah sebagai panduan. Di era globalisasi ini kita sering memandang apa yang nyata dan kenyataan itu kadang-kadang amat mengelirukan. Berpegang kepada manusia di zaman ini amat sukar sekali kerana ramai manusia yang bertopeng dan ini amat mengelirukan kita.

Semoga kita sentiada dberada di jalan yang lurus dan sentiasa berada dalam petunjuk dan keredhaan Allah SWT. AMIN.

No comments:

Post a Comment