Friday, June 25, 2010

PERSIAPAN DIRI MENGHADAPI CABARAN HIDUP


Melalui perkongsian maklumat, antara perkara penting yang perlu dibuat persediaan remaja khusunya ialah:

1. Bersihkanlah hati - berzikir, istighafar, selawat. InsyaAllah Allah SWT memberi hidayah kepada hati-hati yang telah bersih.Tetapi rata-rata klien yang bermasalah tiada usaha untuk membersihkan hati mereka oleh sebab itulah 'apa sahaja yang diperkatakan' 'dinasihati' kepada remaja tidak diikuti ...ini kerana terhijab hatinya....BANTULAH DIRI UNTUK BERSIHKAN HATI...NANTI ALLAHSWT MEMBANTU DIRIMU PULA.


2. Solat - tiang agama...tak solat runtuhlah agama. Fahamilah bacaan dalam solat terutamanya AlFATIHAH - Ummul kitab. (Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus- fahami betul2...dan azamkan setiap 5 kali waktu solat agar kita sentiasa diberi petunjuk oleh Allah SWT ke jalan yang ebtul dan diredhai.


3. Rakan/Individu Signifikan- Orang terdekat dengan kita ...menjadi ikutan kita. Oleh itu sekiranya kita di kelilingi oleh individu berakhlak dan bermatlamat maka sedikit sebanyak kita juga akan sebegitu...Oleh itu berhati-hatilah memilih kawan.


4. Aku adalah Pemimpin- Sematkan dalam hati ..aku adalah pemimpin dan aku akan ditanya apa yang aku pimpin..Pimpinlah diri kita- hati kita, mulut, telinga, mata , perut, tangan dan kaki serta anggota sulit agar dapat dikawal dari aspek mazmumah. Kita akan ditanya di akhirat kelak.


4. Ibu- syurga bawah tapak kaki ibu- maksudnya jika kita taat dan patuh pada ibu..InsyaAllah segala kerja kita ibarat syurga akann dipermudahkan laluannya dan segala yang kita impikan akan jadi kenyataan. Ibu pula perlulah menjaga segala aspek syariat agar Doa yang dipinta dikabulkan.

JAHILIYAH MODEN VS JAHILIYAH


Isu masalah sosial dan pembuangan bayi dalam masyarakat begitu membimbangkan. Maka timbullah istilah Jahiliyah Moden. Jahiliyah Moden lebih dasyat dari Jahiliyah di zaman sebelum Rasulullah SAW. Ini kerana dulu, kes pembuangan bayi hanyalah melibatkan bayi lelaki semasa zaman Firaun dan pembuangan bayi perempuan semasa zaman sebelum kedatangan Islam. Tetapi zaman sekarang pembungan bayi tidak kira lelaki dan perempuan. Malah pada zaman jahiliyah bayi-bayi itu ditanam..tetapi zaman sekarang bayi dibuang merata-rata. Ini membuktikan zaman Jahiliyah Moden ini lebih dashyat berbanding zaman Jahiliyah dulu.
Pada zaman sebelum kedatangan Islam ..manusia tiada kefahaman ilmu...tetapi sekarang ilmu dah adapun masih melakukan mazmumah dan dosa nesar ini.

Monday, June 21, 2010

Program Moral

Tarikh : 21 JUN 2010
Hari : Isnin
Tempat : Dewan Sutera SEMEKAP
Sasaran: Pelajar tg3,4 dan 5 (non-muslim)
Penceramah : Madam Ooi dan En Mohd Hafiz

Program Anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ)
















Program anda Bijak Jauhi Zina (ABJZ) telah diadakan pada hari Isnin (21 Jun 2010) bertempat di Dewan Perdana SEMEKAP. Program bermula jam 8.30pg - 1.10 ptg. Sasaran program adalah pelajar tingkatan 3,4 dan 5 (lelaki dan perempuan Islam). Program dikendalikan oleh Raudhatus Sakinah Training & Consultancy. emoga program Alhamdulillah..semoga program ini menjadi titik tolak untuk kita semua berubah ke arah yang lebih positif...AMIN.