Friday, June 25, 2010

PERSIAPAN DIRI MENGHADAPI CABARAN HIDUP


Melalui perkongsian maklumat, antara perkara penting yang perlu dibuat persediaan remaja khusunya ialah:

1. Bersihkanlah hati - berzikir, istighafar, selawat. InsyaAllah Allah SWT memberi hidayah kepada hati-hati yang telah bersih.Tetapi rata-rata klien yang bermasalah tiada usaha untuk membersihkan hati mereka oleh sebab itulah 'apa sahaja yang diperkatakan' 'dinasihati' kepada remaja tidak diikuti ...ini kerana terhijab hatinya....BANTULAH DIRI UNTUK BERSIHKAN HATI...NANTI ALLAHSWT MEMBANTU DIRIMU PULA.


2. Solat - tiang agama...tak solat runtuhlah agama. Fahamilah bacaan dalam solat terutamanya AlFATIHAH - Ummul kitab. (Tunjukkanlah kami ke jalan yang lurus- fahami betul2...dan azamkan setiap 5 kali waktu solat agar kita sentiasa diberi petunjuk oleh Allah SWT ke jalan yang ebtul dan diredhai.


3. Rakan/Individu Signifikan- Orang terdekat dengan kita ...menjadi ikutan kita. Oleh itu sekiranya kita di kelilingi oleh individu berakhlak dan bermatlamat maka sedikit sebanyak kita juga akan sebegitu...Oleh itu berhati-hatilah memilih kawan.


4. Aku adalah Pemimpin- Sematkan dalam hati ..aku adalah pemimpin dan aku akan ditanya apa yang aku pimpin..Pimpinlah diri kita- hati kita, mulut, telinga, mata , perut, tangan dan kaki serta anggota sulit agar dapat dikawal dari aspek mazmumah. Kita akan ditanya di akhirat kelak.


4. Ibu- syurga bawah tapak kaki ibu- maksudnya jika kita taat dan patuh pada ibu..InsyaAllah segala kerja kita ibarat syurga akann dipermudahkan laluannya dan segala yang kita impikan akan jadi kenyataan. Ibu pula perlulah menjaga segala aspek syariat agar Doa yang dipinta dikabulkan.

No comments:

Post a Comment