Friday, July 16, 2010

KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SIRI 3 2010

SENAMAN STRES












SENAMAN STRES. (PRS SEDANG MENJALANKAN SENAMAN STRES).

LANGKAH:
1. Gosokkan kedua-dua tapak tangan sehingga 15 kali.
2. Membuka tapak tangan (bagi yang bukan Islam) dan mengangkat tangan berdoa (bagi Islam).
- Bacalah doa penerang hati dan sihat tubuh badan.
3. Sapukan tapak tangan ke muka.
4. Gosokkan kepala, leher, bahu, pinggang dan peha.
5. Cengkamkan lutut dengan tangan dan lepaskan kedua tapak tangan.
- Ulangi langkah diatas swbanyak 3 kali.
Senaman ini dapat memberi tenaga, mengurangkan stress, memulihkan daya fokus....InsyaAllah.

KURSUS PEMBIMBING RAKAN SEBAYA SIRI 2 2010











Kursus Pembimbing rakan Sebaya Siri 2
Tempat : Bilik Bimbingan dan Kaunseling
Masa : 2.30 - 4.00 ptg
Sasaran : Semua PRS
Aktiviti :
i. Taklimat kaunselor
ii. Brainstorming - Kumpulan
iii. Presentation
iv. Persembahan - Ice breaking : setiap kumpulan.
v. Sharing Moment.




Monday, July 12, 2010

ISRA' DAN MIKRAJ + SOLAT

Suatu peristiwa ...suatu sejarah.

Mesej utama yang ingin disampaikan - Solat.

Solat- menunjukkan kita hamba Allah SWT
Solat - tundukkan hawa nafsu
Solat - ditunjukkan jalan yang lurus
Solat - mengajar kita berdisiplin akan arahan dan waktu.
Solat - mendidik kita istiqamah- komitmen.
Solat - tempat luahan rasa/ sharing moment dengan Allah SWT yang maha Mendengar dan
Mengetahui.

Yang pasti- Allah memerintahkan kita solat sebenarnya sebagai tanda kasih sayangnya Allah SWT kepada kita....kerana semasa solat banyak kebaikan diri yang akan berbalik kepada diri kita.....JIKA KITA BERFIKIR...........

PENGARUH NEGATIF VS MELATIH DIRI KEBAL

Hari ini kita berada dalam zaman yang amat mencabar. Pelbagai info, pengaruh, maklumat, ilmu yang dipaparkan setiap hari...ada yang betul ada yang salah, ada yang baik dan ada yang buruk. Selain perlu memantapkan diri dengan ilmu yang sedai ada, kita juga perlu mencari ilmu-ilmu baru yang sesuai dengan zaman. Anak-anak perlu dilatih agar mempunyai jati diri yang kuat...jati diri sebagai seorang Islam yang mengikut Alquran dan Assunnah, hormat kedua ibubapa disamping berpengetahuan dengan ilmu semasa.
Bagaimanakah nak melatih anak2 agar kebal dirinya agar dia tidak terpenagaruh dan tunduk akan unsur mazmumah di persekitaran mereka. Fahaman sesetengan kelompok masayarakat yang mempunyai nilai-nilai buruk yang dipraktikkan dan dianggap baik menjadi cabaran kepada kita...kita perlu berusaha tanpa rasa jemu dan menggunakan pelbagai pendekatan agar kita berjaya membina benteng dan kekebalan dalam diri kita dan anak2...Insya ALLah...
SEMOGA DIRI KITA DAN ANAK2 KITA KEBAL DAN MEMPUNYAI JATI DIRI TERHADAP UNSUR2 MAZMUMAH DI PERSEKITARAN KITA....AMIN

PERKONGSIAN RASA BERSAMA KAUNSELOR














































Alhamdulillah, Unit Bimbingan dan Kaunseling semakin diterima oleh warga SEMEKAP. Semoga UBK sentiasa dekat di hati warga SEMEKAP dan bersama-sama menjayakan segala program yang dijalankan..









MINGGU UNIT BIMBINGAN DAN KAUNSELING 2010























Minggu Unit Bimbingan dan Kaunseling akan dijalankan dari 12 Julai hingga 16 Julai 2010. Objektif program adalah ingin mendekatkan warga Semekap dengan UBK. pelbagai aktiviti yang dijalankan.Antaranya ialah jualan cenderahati, kenali diri melalui inventori diri, pertandingan MY TARGET, pertandingan menulis esei, pertandingan fotografi dan perkongsian maklumat bersama PRS dan Kaunselor. Semoga program ini memberikan impak yang positif kepada semua...AMIN.



LATIHAN KAWAD KEBAKARAN DAN PROGRAM BERSAMA BOMBA
















Tuesday, July 6, 2010

KAUNSELING VS KEPERLUAN




Petang tadi sedang saya berehat selepas penat mencuci kereta...dapat satu panggilan telefon...oh..rupa2 nya rakan kaunseling semasa master di upm dulu...kak mari le join kita...kita ada satu consultant...humandynamic. Kami menyediakan perkhidmatan sesi dan konsultasi untuk staf dan ahle keluarga private agency...tak cukup man power la..
sekarang banyak klien...isu stress kerja, family problems, anak2, mental health dan bla2....
tolong la akak ye...bayarannya 45 minit session - RM 120.00...kalau akak setuju call segera ye...

Selepas tamat perbualan kami...saya terfikir sejenak..Inilah realiti kehidupan sekarang...manusia penuh dengan konflik dan stress dan kaunseling serta konsultasi merupakan suatu perkhidmatan yang amat diperlukan oleh masyarakat masa kini. Walaupun peluang nya agak lumayan...tapi saya sebagai manusia, isteri, ibu,kaunselor sekolah perlu memikirkan baik buruk akan peluang tersebut....dalam hidup ini duit boleh dicari..tetapi quality time untuk anak2 dan orang tersayang...tidak boleh diganti semula bila ia telah berlalu.....

Semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita ke arah jalan yang lurus dan diredhai serta sejahtera dunia dan akhirat....AMIN

KEBESARAN ALLAH SWT VS BERFIKIR























ALLAH SWT MAHA BERKUASA
MENGATUR SEGALANYA...
SYURGA NERAKA DUNIA....
SEMUANYA DIBAWAH KEKUASANNYA.....





Pendidikan Seks VS Pendekatan


Perkongsian isu seks dan remaja. Maklumat yang diperolehi:

Kenapa BF penting bagi awak?
1.Saya bosan...bf mengisi masa bosan saya.
2. Saya rasa dihargai..bf dengar dan layan apa masalah dan cerita saya.
3. saya rasa seronok tengok orang lain couple...saya pun teringin nak mencuba...sebab nampak seronok je.
4. Semua orang ada couple..jadi sayapun couple le..

Kerana:
1. Di rumah mak saya tak kisah tentang saya...asyik2 cerita hal abang dan kakak..mak anggap saya kecik lagi dan saya tak ada masalah...
2. mak asyik sibuk melayan adik2....saya ni anak sulung...mak cakap dengan saya bila suruh buat kerja rumah dan ajak makan...tu je.....bukan nak tanya masalah saya...
3. mak ayah saya ok ...tapi saya rasa bosan kat rumah jadi ada bf baru seronok boleh hilang bosan.

Pengetahuan:
1. saya tak tahu pulak bf ni salah...sebab ramai orang buat.
2. saya tak sangka pulak ayat2 cinta tu boleh merangsang kita ke arah seks...tapi saya terasa juga (sambil memegang alat sulitnya)....ee...
3. saya berpegang tangan ...tp saya rasa itu tak salah.
4. saya biarkan saja dia nak cium saya....kami bukan buat apa2 pun.
5. Dia dah cerita hal saya pada keluarga dia sayang dan nak bersama saya sampai bila2...itu yang saya percayakan dia tu...
6. saya dah ada bf sejak sekolah rendah lagi.....dan sekarang bf saya yang ke 11, saya rasa tak boleh hidup kalau tak ada bf....walaupun ustazah dan cikgu dah terangkan pada saya...saya rasakan saya perlukan bf jugak.....

INILAH KENYATAAN KLIEN SEMASA SESI DIJALANKAN. SUATU CABARAN KEPADA KAUNSELOR UNTUK MENCARI PENDEKATAN YANG SESUAI AGAR KLIEN MENDAPAT CELIK AKAL UNTUK BERUBAH....AMIN

Friday, July 2, 2010

BULAN REJAB, SYAABAN DAN RAMADHAN

Alhamdulillah kita dipertemukan lagi dengan bulan Rejab. Rejab adalah bulan Allah SWT, Syaaban adalah bulan Nabi Muhammad SAW dan Ramadhan adalah bulan umat Islam.
Marilah kita merebut peluang dengan memperbanyakkan amalan sunat seperti berpuasa, berzikir, qiamullail dan membaca alquran. Semoga usaha kita dipilih oleh Allah SWT untuk digolongkan bersama-sama orang yang beriman dan beramal soleh...AMIN.

PROGRAM ABJZ PANITIA AGAMA & UBK SIRI 1








TARIKH : 2 JULAI 2010
MASA : 7.30 PG - 8.50 PG
TEMPAT : SURAU SEMEKAP
SASARAN : PELAJAR TG 1 (PEREMPUAN ISLAM)

Alhamdulillah program berjaya dilaksanakan. bagi peserta yang tersentuh hatinya, terusik emosinya, menangis tanda keinsafan, air mata tanda penyesalan...telus dan ikhlas menitis air mata tanda keinsafan...jadikanlah hari ini sebagai titik tolak untuk kita berubah....Bertaubat...dan berazam tak mahu ulangi lagi kesilapan yang sama....Bagi yang tidak terasa apa-apa...koreksilah diri anda, betapa tebalnya mazmumah diri sehingga doa yang disampaikan tidak ada ertinya...betapa tebalnya hati kita terhijab...Insaflah..
YaAllah berikanlah kami kekuatan untuk berjalan di landasan yang betul dan diredhaiMu...AMIN.