Setelah selesai program hari ini, tergerak rasa hati nak berkongsi rasa...
Pagi Isnin selesai perhimpunan rasmi aku, En Hafiz, Kak Shamsiah dan Kak Ani dipanggil pengetua untuk taklimat program.
Peringkat awal aku rasakan serba salah kerana program yang melibatkan ibubapa seramai hampir 180 orang pelajar ini agak tergesa-gesa. Lebih-lebih lagi minggu ini aku ada dua program utama peringkat daerah. Memandangkan aku juga setiausaha Majlis Guru Kaunseling daerah.... aku perlu komited.
Alhamdulillah sokongan kawan2 amat positif. Pn Roziah guru pendidikan Seni begitu energetik dan kreatif mengubah suai dewan sutera...Make over dewan sutera terserlah dengan sentuhan Pn Roziah.( TQ Rodziah- great job) Terima kasih juga kepada Kak Shamsiah dan En Mahadir yang begitu komited.
Alhamdullilah...syukur ke hadrat allah SWT program ad-hock yang hanya beberapa hari dirancang..dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua AJK program, guru-guru, makcik2 kantin dan anak-anak Pembimbing Rakan Sebaya yang begitu komited. Begitu juga ibubapa pelajar PMR yang sporting dan sanggup meluangkan masa. Hampir 141 orang pelajar yang berdaftar.
Betullah kata pengetua: keikhlasan kita melakukan kerja akan dibuahkan hasil yang tidak kita sangka....Semoga Allah SWT memberi keampunan diatas kelemahan kita dan sentiasa memberi membimbing kita dalam keikhlasan bekerja..AMIN.
No comments:
Post a Comment