Saturday, March 26, 2011

PENGISIAN ANDA BIJAK JAUHI ZINA (ABJZ)

Berdasarkan statistik yang diperolehi melalui program ABJZ data salahlaku di kalangan remaja Islam amat meriaukan. Pertambahan bilangan pelajar yang terlibat dengan aktiviti salah laku jenayah, seks dan pengambilan pil-pil khayal dan arak didapati meningkat dari tahun ke setahun. Walaupun usaha demi usaha, program demi program dijalankan tetapi kes-kes sebegini masih ada. Kita tidak boleh berputus asa san kecewa. Usaha berterusan dan kepelbagaian pendekatan perlu dijalankan. Tugas kita sebagai manusia hanya merancang dan melakukan tugasan yang diamanahkan. Agar kita tidak dipersoalkan di akhirat kelak....apakah usaha kamu terhadap anak didik kamu? Hasil program hanya Allah SWT yang menentukan.....Semoga Allah SWT memberi keampunan, petunjuk, kesabaran dan semangat kerja dan keikhlasan kerja yang berterusan sehingga ke akhir hayat.....AMIN.














No comments:

Post a Comment