Friday, June 24, 2011

LADAP : Ustas Anhari

Hidup bahagia untuk 4 perkara:

1. Makan minum sedap
2. Tidur nyenyak
3. Buang air kecil dan besar sempurna
4. Hubungan suami isteri sedap

Terdapat 3 golongan manusia:
1. Cinta dunia
2. cinta dunia dan akhirat
3. Cinta akhirat.

Orang yang pergi menuntut ilmu - banyak pahala yang diperolehi
Kunci amalan diterima:
1. Solat
2. Ikhlas.

Jika amalan pada hari itu disusuli dengan solat dan ikhlas barulah amalan diterima Allah SWT.

Apa itu ikhlas - Allah kata ikhlas itu rahsia.
Ikhlas adalah Seperti semut hitam diatas batu yang hitam pada waktu malam yang gelap.

Pukul pelajar dengan rasa benci dan rasa kasih sayang dan mendidik kesannya adalah tidak sama.

Kisah seorang Amerika masuk Islam setelah keluar tandas.
Amerika bertanya kepada orang Islam Malaysia cara berhadas di tandas. Orang Islam Malaysia menerangkan kepada lelaki Amerika bahawa nabi Muhammmad telah mengajar semua asepk dari berhadas di tandas sehinggalah ke saat tidur. Semuanya diajar dalam Islam. Akhirnya lelaki Amerika itu memeluk Islam. Jadi sebagai guru perlu sentiasa 'kaitkan' pengajaran dengan Islam.

Bandingkan keadaan kita dengan keadaan ibubapa kita.
Adakah makan kita sama dengan makan minum mak kita
Adakah tempat tinggal kita sama dengan tempat tinggal mak kita.


Berdoalah kepada Allah SWT agar diberi kekuatan untuk melaksanakan ibadah secara ikhlas dan berterusan.

No comments:

Post a Comment