Sunday, July 10, 2011

FIKIR-FIKIR...

Suatu petang, seorang anak berusia 7 tahun duduk menonton televisyen bersama ibunya...
paparan di Tv menunjukkan orang ramai sedang melakukan bantahan dengan berarak beramai-ramai di jalan raya. Anak kecil ini kehairanan selepas itu banyak sangat maklumat mengenai individu Z yang sering disebut-sebut namanya oleh pelbagai pihak.

Anak kecil ini merasa hairan kenapa orang ramai menyebut nama individu Z dan dikaitkan dengan demonstrasi orang ramai di jalan raya...

Anak kecil ini kehairanan dan bertanya kepada ibunya....Ibu siapakah Z itu...kenapa semua orang takut dengan dia...Z ni alien ke ibu?

Ibu tersentak dengan pertanyaan anaknya itu...tersentak dan memikir....

No comments:

Post a Comment