kata orang tua-tua....
jaga kesihatan.....nanti sakit ...susah...
jangan kerja terlalu berlebih-lebih....nanti jatuh sakit...
Itulah kata-kata mak,
bila dia berkunjung ke rumah ku.....
malah itulah kata-kata mak semasa aku di sekolah, di maktab dan di rumah sejak dulu.....
aku dilahirkan premature baby : tak cukup bulan.
saiz badan ku teramat kecil...cerita orang tua2 sebesar botol kicap 'cap tamin' tu je...
akupun bersalin di rumah tanpa bidan...mak aku sendirian .....
tapi Alhamdulillah....semuanya selamat...'miracle' but 'possible'.
saiz ku kecil sebesar tapak tangan pak wan ku....(kata pak wan/ jiran sebelah/ tok angkat)
sapu tangan dijadikan kain buaianku.....
mulut ku kecil...sehingga putingpun tak muat masuk ke dalam mulut....jadi
mak perahkan susu dengan kain je ke dalam mulut....
lama juga aku dimandikan dengan minyak....kata mak: untuk kuatkan tulangku.....
aku membesar dengan saiz badan yang agak kurus dan berkulit gelap....
berbanding dengan adik beradik yang lain...kulit ku agak gelap...(agaknya sebab mandi dengan minyak kut)...
bercerita tentang kuat dan sihat...aku rasa aku lah orangnya:
sebab sejak darjah 3 aku dah mengetuai pasukan sekolah acara softball sehingga ke peringkat negeri.....
Aku lah pemain badminton kampung dan boleh mengalahkan lelaki dewasa....
sehingga ke tingkatan 5 aku dianugerahkan pemain terkemuka badminton selama 3 tahun kerana berjaya sampai ke peringkat negeri...
Aku juga pemain softball...ketua pasukan...dari darjah tiga hingga ke tingkatan enam....
Coach ada juga nak mengajak bermain untuk kebangsaan...tapi aku menolak.
Aku juga mewakili sekolah permainan hoki wright wind dan penjaring utama pasukan...dan pernah ke UJI bakat hoki negeri.
Aku juga pemegang pelontar cakera sehingga ke maktab dan sering kali pecah rekod dengan sekali balingan. Di peringkat sekolah menengah di pilih sebagai olahragawati dan di maktab juga sebagai olahragawati dan terpilih di pertandingan sukan SUKMA kebangsaan.
Bola jaring, bola keranjang, bola tampar semuanya aku sebagai ketua pasukan. Dalam balapan dan padang lontar lembing, peluru, larian 100m,200m,400m, 4x100,4x400m...semuanya aku sertai. Jika acara merentas desa no satu hingga 10 dalalam genggamanku....aku dan sukan tak boleh dipisahkan ketika itu......
tapi bila aku mula berhenti bersukan.....badan aku sakit2...amat sangat...saraf tangan dan kaki selalu kebas,lenguh dan berat.....
kalau cuaca sejuk...lagi le terasa sakit...
ligamen kedua-dua kaki dah koyak....semasa (smash dalam permainan badminton antara ipt tahun 90 dulu ) kalau sejuk sakitnya amat sangat.
KESANNYA SEKARANG...
Vertigo dan LHM aku terima dengan redha....banyak sungguh nikmat yang ALLAH SWT beri pada ku sehingga ke usia ini......ya kesihatan itu tidak ternilai harganya...sekarang ni aku sedang berusaha menjaga anugerah kesihatan yang diberikan ini dengan lebih berhati-hati dan bijaksana serta bersyukur (bersyukur beerti menggunakannya dengan berhikmah dan sejahtera dan tidak terlampau)........Semoga kisah ini memberi pengajaran pada individu lain terutamanya anak-anakku yang amat meminati sukan seperi aku,.....
No comments:
Post a Comment