Saturday, January 30, 2010

KISAH 7: DUIT OH DUIT !


Suatu petang B datang kearahku yang sedang duduk memerhatikan pelajar-pelajar yang sedang bermain di padang. B memulakan dengan ceritanya dengan mangatakan perkara ni dah lama di pendamkan dan rasanya tak mampu nak disimpan lagi.... Melalui penerokaan didapati B merasakan dialah yang paling banyak menanggung perbelanjaan rumahtangga berbanding suaminya. Acapkali kali bila diminta duit suami pasti menjawab ....saya tak ada duit.....awak guna le duit awak dulu....buat ape awak simpan duit awak tu..... Itulah ayat-ayat biasa yang dicakapkan suami kepada B setiap kali diminta duit. Sisuami akan memberi alasan dia tak ade duit sebab perlu banyak hutang....... Tapi B pun tak tahu berapa jumlah gaji suami dan apa yang dihutang sebab suaminya tak pernah bincangkan hal gaji dan perbelanjaannya pada si B. Bila ditanyapun sisuami selalu meninggikan suara....menyebabkan perbincangan tak diteruskan.

B rasa tertekan sebab dengan keadaan kenaikan harga barang dan keperluan anak2 yang meningkat remaja dan ke sekolah asrama memerlukan perbelanjaan yang banyak....B terpaksa mengenepikan keinginannya dan berjimat-cermat sehinggkan makan di kantin pun dihadkan.....demi keluarga B sanggup mengenepikan keperluan diri sendiri.........kaunselor bertanya B adakah pernah berlaku dia langsung tiada duit di tangan dalam memenuhi keinginan keluarga? B jawab dia ada buat kerja sambilan dan alhamdulillah setakat ini dia tidak putus duit....cuma dia risaukan simpanan untuk masa depan jika anak2 nak sambung belajar atau jika ada sesuatu kecemasan yang memerlukan duit............


Soalan B; Apa yang perlu dibuat?

Jawapan : B telah bawa bincang dan setiap kali bincang dengan suami...isu ini bukan semakin baik tapi lebih memburuk kan keadaan. Setiap duit yang kita berikan pada keluarga dan anak-anak adalah kebajikan dan setiap kebajikan itu akan dinilai oleh Allah SWT. Hendaklah engkau melakukan kebaikan walau sebiki zarah...kebaikan itu akan dikira...dan jauhkanlah melakukan kejahatan.....walaupun sebiji zarah ia akan mendapat balasannya................


Jika suami tak mahu keluarkan duit untuk anak2 dan keluarga itu bermakna dia tak nak buat kebajikan..............rebutlah peluang buat kebajikan itu................insyaAllah Allah maha ADIL LAGI SAKSMA..................... InsayaAllah apabila tiba dihari perhitungan nanti ....amal kebajikanlah yang dikira, kalau banyak amal kebajikannya dari kejahatan...ke syurgalah tempatnya dan jika banyak amal kejahatannya ( contoh suami melepaskan tanggungjawab kepada isteri) maka......nerakalah tempatnya...Janji Allah itu BEnar, Janji manusia manis dibir saja........................ Semoga Allah memberi rezeki dan duit yang melimpah ruah kepada B untuk membolehkan B membuat kebajikan untuk anak-anak dan keluarganya..........Amin.

KISAH 6: KEINGINAN.... VS TAK DAPAT


A seorang isteri berkerjaya. Hidupnya penuh dengan merancang dan mengatur. Sejak berkahwin apa yang dirancang selalunya tak menjadi. Ini adalah kerana sikap suaminya yang tiada membuat perancang dan berkonsepkan "hari ini untuk hari ini'...'jangan jauh fikir'. ... 'kena penuhi keinginan diri sendiri dulu....jangan fikirkan sangat hal anak-anak atau masa depan'.Prinsip diri suami yang berbeza memberi tekanan kepada A. Walaubagaimanapun A cuba mengambil jalan tengah dan sedikitsebanyak mengubah prinsip diri kepada lebih fleksibel. Setelah sekian lama berkahwin dan mempunyai anak-anak, suami tetap dengan sikap ambil mudah, tidak ambil berat hal anak-anak (yuran sekolah anak2, buku pelajaran, tuisyen, aktiviti anak2) mahupun keperluan rumah....Yang pastinya kalau ada duit, dia akan penuhi keinginannya terlebih dahulu....barulah hal keluarga.

Kalau si suami inginkan sesuatu.... suami akan mendesak A sehinggalah A setuju. Walaupun kadang-kadang A terpaksa mengeluarkan perbelanjaan sendiri untuk memenuhi keinginan suaminya....Kadang-kadang keputusan yang dibuat mendatangkan lebih banyak keburukan dari kebaikan....sehinggakan A dan anak-anak terpaksa mengorbankan keinginan mereka demi memenuhi keinginan suaminya itu.............. Tapi A tetap redha dan cuba memahamkan anak-anak walaupun A sendiri tidak selesa. Suami A adalah seorang yang ego dan tidak pernah minta maaf diatas kehidupan keluarga yang semakin susah akibat tindakannya....Yang pasti dia tetap menunjukkan kehebatannya pada rakan-rakannya pada hal hakikatnya isteri yang menanggung keperitannya.........

Soalan A : Apakah yang sepatutnya saya lakukan untuk mengubah suami ini?

Jawapan: Dalam hidup ini kita banyak merancang tapi yang menentukannya AllahSWT.

Allah SWT menguji seseorang itu mengikut kemampuan seseorang itu.Apakah kekuatan A untuk mengubah suami? Kalau A ada alternatif dan ada kekuatan maka laksanakanlah.... Itupun kalau A berani menghadapi risiko yang bakal ditempuhi / respond yang lebih buruk dari suami...sebagaimana A katakan suami A yang ego ....perlu ada cara untuk dia berasa simpati pada A....Suatu lagi anugerah yang diberi Allah SWT kepada kita adalah membuat pilihan. Kita mempunyai kuasa untuk memilih iaitu memilih fokuskan isu ini sebagai satu masalah atau ignore sahaja isu ini....sebab kalau difikirkan pun tiada penyelesaiannya.... suami yang bertanggungjawab dan yang beriman adalah suami yang memenuhi keperluan isteri dan anak-anak terlebih dahulu bukannya kepuasan diri sendiri yang tidak habis-habis.............tetapi jika suami itu pilih sebegitu itu adalah pilihannya dan .........ada balasannya.............. bagi isteri dan anak-anak yang lemah perlulah teruskan berdoa agar diberi kekuatan dan petunjuk untu membuat pilihan langkah dan tindakan yang diredhai agar selamat didunia dan diakhirat. Mungkin keinginan kita tak dapat didunia ini tetapi ada di akhirat kelak....Amin.

Friday, January 29, 2010

KISAH 5 - ISTHIKORAH DAN MUSYAWARAH


Kata seorang alim ulamak - berpeganglah kepada isthikorah dan musyawarah maka kamu tidak akan menyesal.


Isthikorah - penyerahan diri kepada Allah SWT membuat keputusan apabila kita berada dalam dilema membuat keputusan.


Musyawarah - perbincangan sesuatu keraguan atau kemusykilan secara berhikmah bagi mendapatkan satu kata putus.


Kisah hidupku hari ini bermula dengan isthikorah dan musyawarah.......

KISAH 4 : HAJI - HAMBA - KOSONG - LAPANG




Ibadah haji rukun Islam terakhir bagi membuktikan kita mempraktikkan segala ilmu, praktikal, kefahaman Islam.




Tempat haram segala unsur mazmumah....


Tempat kita mempraktikkan apa erti seorang hamba.... hamba itu tiada apa-apa, tiada kuasa, tiada upaya, tiada harta, tiada kekuatan, tiada mempengaruhi, tiada menguasai, tiada setting, tiada target yang diluar jangkauan.....tetapi yang ada...




harapan yang positif, mengharap belas kasihan, mengharap perlindungan, menharap bantuan, menharap kefahaman, mengharap dipermudahkan, mengharap kesihatan yang baik, mengharap keampunan, menharap keredhaan, mengharap kasih sayang, mengharap keimanan sebenar, mengharap mahmudah, mengharap kesejahteraan............




Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan kekuatan untuk mempraktikkan segala latihan dan keilmuan yang diperolehi semasa haji secara istiqamah.....................Amin

KISAH 3 : DI HARI ANUGERAH IBU MITHALI




6 MEI 2005- Hari bersejarah buat aku, mak dan ahli keluarga..mak dianugerahkan ibi mithali anjuran TV3-Nona yang dihadiri oleh isteri Perdana Menteri pada ketika itu, Datin Seri Paduka Hendon B. Mahmood.

Mak menerima hadiah bernilai RM9528.00 - Osim Squeeze. pakej umrah, royal Selangor pewter, Amita pearls and jewellery, giorsida handbag, D'reka batik dan suria resorts holiday.
Semua ahli keluarga berkumpul di hotel nikko kuala lumpur. Mak sempat bergambar dengan sarimah dan majlis ini disiarkan secara langsung menerusi TV3 dan mendapat sambutan meluas dalam majalah wanita dan keluarga.
ALhamdulillah...Mak ibu mithali...Amin

KISAH 2 : IBUKU ..IBU MITHALI







Tiba-tiba sahaja aku teringatkan mak...HJH AZIZAH BT ABD GHANI. Mak dilahirkan tahun 1936. Anak ketiga kepada atuk Abd Ghani. Mak seorang yang lemah lembut dan kurang bercakap. Kematian ibu sejak usia masih kecil dan dipelihara oleh pelbagai orang kerana keperitan hidup menjadikan mak seorang yang begitu berhati-hati ketika bercakap. Sikap mak yang sentiasa tersenyum sukar untuk mengethaui emosi sebenar dirinya. Di usi muda mak menjadi orang gaji di rumah saudara mara. Walaupun layak mendapat tawaran menjadi guru dan habis darjah enam oleh kerana keperitan hidup mak diberhentikan sekolah dan menjadi orang gaji di rumah saudara-mara yang agak berada ketika itu. Mak suka menulis dan sering kali menghantar hasil nukilannya seperti sajak ke surat khabar dan acapkali karya mak disiarkan di akhbar. Ada juga peminat mak yang menghantar surat kepada mak...tapi mak tiada pilihan dia di kahwinkan oleh abangnya dengan seorang duda tua dan mempunyai anak yang sesuia mak. Tak lama perkahwinan, suami mak meninggal dunia....Selepas itu mak menjadi orang gaji semula. Kemudian mak dikahwinkan dengan abahku. Harta peninggalan arwah suami pertama membolehkan mak dan abah membuka perniagaan...Alhamdulillah hidup kami boleh dikatakan senang le juga pada ketika itu..............



Masa berubah kadang2 kejayaan yang diberi Allah SWT membuatkan manusia itu lupa diri.........abah kahwin lagi, isteri kedua tidak penadai menguruskan anak kerana berusia 15 tahun. Akhirnya anak-anak isteri kedua seramai 4 orang abah hantar kepada mak untuk dipelihara. Mak dengan sabar menerima anak2 itu dengan hati terbuka dan penuh kasih sayang ...kata mak...anak-anak ni tak salah...yang salahnya orang tua dalam menjaga dan mendidik anak2 mak adil....anak angkat, anak tiri dan anak sendiri di layan sama. Dari 3 orang adik beradik akhirnya keluarga ku menjadi ramai secara tiba2. Seorang adik angkat dan 4 orang adik mak isteri kedua.



Mak dan kakaknya wah seperti belangkas. Kasih sayang mak terhadap kakaknya memang tidak diragui lagi. Banyak kisah sedih duka mereka bersama. Alhamdulillah hajat aku nak bawa mak dan wah sejak usia ku masih kecil di makbulkan Allah SWT. Mak jaga wah bagai manatang minyak yang penuh. Mak juga sering menjaga orang tua-tua lain , seperti arwah we, arwah wan limpah, arwah opah dan sering orang-orang tua datang ke rumah semasa aku kecil. Jiran-jiran juga sering mengadu masalah pada mak...mungkin kerana sikap mak yang tak banyak bercakap dan lemah lembut.......ada kepercayaan mereka pada mak.



Mak minat pada haiwan dan tumbuhan...kalau ada kucing sakit, dia akan merawat kucing tersebut, ayam, itik, arnag, merpati, puyuh semuanya jadi peliharaan mak..Mak juga rajin berkebun dan sering membelai pokok2 yang ditanam.Tangan mak memang sejuk....kebanyakkan pokok menjadi dan mengeluarkan hasil...pokok mata kucing, anggur, strawberri, epal, kurma, dukung langsat, durian, rambutan, betik, ebelimbing, pisang semuanya mendapat sentuhan mak......



Mak sangat disiplin bersenam...setiap pagi lepas subuh mak akan bersenam, aku sering duduk depan mak melihat mak bersenam sambil tersengguk-sengguk mengantuk... bukan apae aku tak boleh tidur kalau mak dah bangun dari katil.... Seingat aku aku tidur dengan mak hinggalah sebelum malam pernikahan ku.....Bila tidur aku akan pegang bahu mak.....sebagaimana akrabnya sentuhan fizikalku begitulah kejeliktan emosiku terhadap mak...



Mak seorang artistik, menjahit baju, mengayam, mengait, menjahit sulam semuanya menjadi hiburan kepada mak. Masakan mak paling sedap keli berlada, pulut kuning dengan daging, daging masak kicap, nasi goreng mak ....mesti setiap pagi.



Abah kahwn ketiga ketika ku berusia 9 tahun...di hari perkahwinan abah, mak bawa aku, abang dan kakak ke Tapah di rumah saudara.dalam perjalanan aku ternampak abah berkain songket merah....aku nampak mak menangis tapi masih nak merahsiakan dariku... Abah mendapat 10 orang anak hasil perkahwinan ke 3.



Diawal perkahwinan dengan isteri ketiga abah seolah-olah telah melupakan kami. Kedai yang asalnya nama mak kerana mak yang mengelluarkan modal perniagaan pada masa tu....telah dipindah milik kepada isteri ke 3....Rumah banglo hasil pendpatan berniaga mak juga telah dipindah milik kepada isteri ke 3....Mak redha.



Tetapi masa berlalu.....di hujung usia abah banyak ke rumah mak...abah menceritakan segala masalah isteri kedua dan ketiga kepada mak...sehinggakan kalau di kedai tiada pekerja mak sanggup carikan pekerja itu walaupun dia tahu miliknya telah dirampas...mak tak berdendam.



Abah sering datang berbual-bual dengan mak..seolah-olah mak sahabatnya.....mak sering merasionalkan abah..dan ingatkan abah dengan ALLAH..... Seolah-olah segala perbuatan abah dan isteri2 abah terhadap dia tidak memberi kesan kepadanya.......mak seorang pemaaf.



kadang-kadang aku pun hairan macam mana mak mempunyai kesabaran dan ketenangan diri yang sebegitu kuat.....Allahu Akbar.






Mungkin diri mak yang lurus...berserah dan redha...mak sentiasa tenang dan berlapang dada. Diusia mak mencecah 74 tahun banyak Allah SWT tunjukkan kepada mak....kebaikan mak...antaranya MENDAPAT ANUGERAH IBU MITHALI TV3 2005, menunaikan haji dua kali, menunaikan umrah 2 kali, disayangi oleh ramai orang anak kandung 3 orang, anak angkat 1 orang, anak isteri kedua 4 orang, 27 orang cucu, anak-anak saudara, saudara-mara dan jiran tetangga. Diusia emas, setiap hari mak ke pusat kesihatan untuk menjalani rawatan mesin kesihatan yang terletak berhampiran rumah. Alhamdulillah mak gembira dipusat kesihatan itu kerana dapat berjumpa ramai kawan sesuia dengannya dan menambahkan aktiviti berfaedah di masa lapang.
Bagi diriku ...aku mewajibkan kepada ku mendoakan mak dan menelefon mak sekerap mungkin. Akhir bicara setiap kali menelefon mak...Mak Nyah sa.....yang mak... dan mak akan jawab...terima kasiiiih.


Semoga mak mendapat keredhaan Allah, perlindungan Allah SWT, kesejahteraan di dunia dan diakhirat...Amin.






KISAH 1 : SETTING VS STRES


Pagi ini sedang berehat di kantin, seorang rakan duduk menghampiriku. Pertemuan itu telah dirancang olehnya dan mungkin pada masa itu hanya saya dan dia sahaja berada di kantin...proses perkongsian agak selesa untuk dijalankan. Perbualan kami dimulai olehnya dengan menyatakan alhamdulillah melalui maklumat dari kaunselor telah diaplikasikan dalam hidupnya dan insyaAllah beliau akan mendirikan masjid tidak lama lagi. Sebagai orang baru nak masuk ke gerbang perkahwinan, pelbagai persoalan yang bermain-main difikirannya. Sering juga dia bertanya kepada guru-guru yang telah berkahwin dan ada pelbagai pengalaman.Banyak info yang di perolehinya dan cuba dijadikan panduan untuk diaplikasikan. Salah satu maklumat yang diterima ialah....sebagai isteri kita perlu aturkan semua perkara dan kalau boleh segala perbelanjaan biar ditanggung suami. Kita perlu setkan dari awal perkahwinan kerana jika gagal membentuk sistem begitu......isteri akan jadi mangsa suami.


Merancang sesuatu perkara itu sememangnya baik....tetapi tidak semua perkara kita boleh diaturkan dan berjaya....Kita boleh mengatur apa yang ada kuasa sepenuhnya di tangan kita...hak kita sendiri bukannya kita mengatur hak orang lain. Ini kerana sekiranya apa yang dirancang tak dapat....ini boleh menambahkan kerungsingan dan kekecewaan sendiri.


Mungkin ada sesetengah isteri (isteri A)...mendapat rezeki yang baik dan memperolehi suami yang bertanggungjawab yang menanggung segala perbelanjaan untuk rumahtangga. Isteri hanya simpan sahaja duit gajinya.....alhamdulillah Allah memberinya rasa dan rezeki sebegitu.


Tetapi ada juga sesetengah isteri..mendapat suami yang memanipulasikan isteri, meminta isteri menanggung kos keperluan rumahtangga dan anak-anak....Alhamdulillah kita masih ada gaji dan dapat menanggung anak-anak dan rumahtangga walaupun tidak semewah seperti si A. Alhamdulilah kita masih ada suami dan diberi kesihatan diri dan anak-anak yang baik. Alhamdulillah kita dibri rasa keperitan sedikit di dunia....

Sememangnya janji Allah itu benar... Setiap kebaikan yang dilakukan walau sebiji zarah akan mendapat kebaikan dan setiap kejahatan yang dilakukan walau sebiji zarah juga akan mendapat balasan. Allah SWT maha adil dan Janji Allah SWT adalah benar.....


Alhamdulillah kita diberi rasa yang pelbagai ...cuma perlu bijaksana dan bijaksini untuk memilih...

Merancang sehingga menyebabkan stress jika apa yang dirancang tidak terlaksana. atau

Merancang dan berdoa jika berjaya itulah rezeki kita tapi jika tidak ....ini lah rezeki kita untuk merasai kepahitan kehidupan yang sementara..............


Semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita dalam merancang sesuatu perkara secara berhikmah dan sentiasa dalam keredhaanNya...Amin

SUATU PERTEMUAN KETENTUAN ALLAH


BERJUMPA KAWAN LAMA DARI SEKOLAH RENDAH.
26 Januari 2010, anak ku mendaftarkan diri ke SMKA Slim River Perak. Alhamduillah termakbul juga cita-citanya ingin ke aliran agama di SMKA....Alhamdulillah. Semasa mendaftar tiba-tiba seorang ibu menegur ku dan berkata...hai tak ingat ke? Saya terpaku seketika... mengingatkan diri siapakah gerangan orang ini??? Sambil bersalaman dia berkata kawan lama di UITM..tapi u lepas tu ke maktabkan....Oh! aku bersuara ...dan baru ingat ini alah kawan lama semasa di sekolah rendah dan sama-sama mendaftar diri di UITM Melaka pada tahun 1987...Putri Mariani namanya. Tak sangka pula anak saya sekarang menjadi kawan anak dia...dan sama-sama sebilik..Seperti saya dan Putri sama-sama sedorm UITM dulu....Inilah lumrah kehidupan....pertemuan,perpisahan dan pertemuan semula adalah percaturan Allah SWT......Semoga setiap pertemuan dan perpisahan yang kita lalui adalah berada dalam keredhaan Allah SWT dan berada dalam emosi yang sejahtera dikalangan sesama kita...Supaya tiada unsur-unsur 'unfinished' sesama manusia yang kadang-kadang berlanjutan sehingga ke akhir hayat.Semoga kita datang ke dunia dengan kosong dan bersih dan meninggalkan dunia juga dalam keadaan yang sama.Amin.

Matlamat Hidup


Pagi Jumaat tadi suasana di sekolah dikejutkan dengan ucapan seorang pelatih guru yang menyampaikan tazkirah yang bertajuk Matlamat Hidup. Matlamat datang ke sekolah sebagai seorang pelajar adalah menuntut ilmu dan ini adalah jihad dan perjuangan diri sebagai seorang muslim dan muslimat. Sememangnya dalam proses menuntut ilmu adalah suatu yang sukar tetapi Allah SWT telah berjanji bahawa setaiap yang susah pasti ada kesenangannya. Ibarat Bersusah-susah dahulu dan Bersenang-senang kemudian. Cara penyampaian pelatih muda yang bertenaga dan disulami dengan kisah rasulullah, firman Allah SWT, pepatah Melayu dan janji-janji Allah yang Maha Adil dan Saksama memberikan suasana tazkirah pagi tadi sungguh sayu dan terkesan di hati. Semoga Allah SWT memberi peluang dan ruang kepada kami untuk memperolehi suasana sebegini...Amin.

Friday, January 22, 2010

23 JANUARI 2010

KURSUS MEMBINA BLOG SMKAP

SUARA RASA

SELAMAT DATANG KE BLOG PERKONGSIAN RASA EMOSI.