Friday, January 29, 2010

KISAH 2 : IBUKU ..IBU MITHALI







Tiba-tiba sahaja aku teringatkan mak...HJH AZIZAH BT ABD GHANI. Mak dilahirkan tahun 1936. Anak ketiga kepada atuk Abd Ghani. Mak seorang yang lemah lembut dan kurang bercakap. Kematian ibu sejak usia masih kecil dan dipelihara oleh pelbagai orang kerana keperitan hidup menjadikan mak seorang yang begitu berhati-hati ketika bercakap. Sikap mak yang sentiasa tersenyum sukar untuk mengethaui emosi sebenar dirinya. Di usi muda mak menjadi orang gaji di rumah saudara mara. Walaupun layak mendapat tawaran menjadi guru dan habis darjah enam oleh kerana keperitan hidup mak diberhentikan sekolah dan menjadi orang gaji di rumah saudara-mara yang agak berada ketika itu. Mak suka menulis dan sering kali menghantar hasil nukilannya seperti sajak ke surat khabar dan acapkali karya mak disiarkan di akhbar. Ada juga peminat mak yang menghantar surat kepada mak...tapi mak tiada pilihan dia di kahwinkan oleh abangnya dengan seorang duda tua dan mempunyai anak yang sesuia mak. Tak lama perkahwinan, suami mak meninggal dunia....Selepas itu mak menjadi orang gaji semula. Kemudian mak dikahwinkan dengan abahku. Harta peninggalan arwah suami pertama membolehkan mak dan abah membuka perniagaan...Alhamdulillah hidup kami boleh dikatakan senang le juga pada ketika itu..............



Masa berubah kadang2 kejayaan yang diberi Allah SWT membuatkan manusia itu lupa diri.........abah kahwin lagi, isteri kedua tidak penadai menguruskan anak kerana berusia 15 tahun. Akhirnya anak-anak isteri kedua seramai 4 orang abah hantar kepada mak untuk dipelihara. Mak dengan sabar menerima anak2 itu dengan hati terbuka dan penuh kasih sayang ...kata mak...anak-anak ni tak salah...yang salahnya orang tua dalam menjaga dan mendidik anak2 mak adil....anak angkat, anak tiri dan anak sendiri di layan sama. Dari 3 orang adik beradik akhirnya keluarga ku menjadi ramai secara tiba2. Seorang adik angkat dan 4 orang adik mak isteri kedua.



Mak dan kakaknya wah seperti belangkas. Kasih sayang mak terhadap kakaknya memang tidak diragui lagi. Banyak kisah sedih duka mereka bersama. Alhamdulillah hajat aku nak bawa mak dan wah sejak usia ku masih kecil di makbulkan Allah SWT. Mak jaga wah bagai manatang minyak yang penuh. Mak juga sering menjaga orang tua-tua lain , seperti arwah we, arwah wan limpah, arwah opah dan sering orang-orang tua datang ke rumah semasa aku kecil. Jiran-jiran juga sering mengadu masalah pada mak...mungkin kerana sikap mak yang tak banyak bercakap dan lemah lembut.......ada kepercayaan mereka pada mak.



Mak minat pada haiwan dan tumbuhan...kalau ada kucing sakit, dia akan merawat kucing tersebut, ayam, itik, arnag, merpati, puyuh semuanya jadi peliharaan mak..Mak juga rajin berkebun dan sering membelai pokok2 yang ditanam.Tangan mak memang sejuk....kebanyakkan pokok menjadi dan mengeluarkan hasil...pokok mata kucing, anggur, strawberri, epal, kurma, dukung langsat, durian, rambutan, betik, ebelimbing, pisang semuanya mendapat sentuhan mak......



Mak sangat disiplin bersenam...setiap pagi lepas subuh mak akan bersenam, aku sering duduk depan mak melihat mak bersenam sambil tersengguk-sengguk mengantuk... bukan apae aku tak boleh tidur kalau mak dah bangun dari katil.... Seingat aku aku tidur dengan mak hinggalah sebelum malam pernikahan ku.....Bila tidur aku akan pegang bahu mak.....sebagaimana akrabnya sentuhan fizikalku begitulah kejeliktan emosiku terhadap mak...



Mak seorang artistik, menjahit baju, mengayam, mengait, menjahit sulam semuanya menjadi hiburan kepada mak. Masakan mak paling sedap keli berlada, pulut kuning dengan daging, daging masak kicap, nasi goreng mak ....mesti setiap pagi.



Abah kahwn ketiga ketika ku berusia 9 tahun...di hari perkahwinan abah, mak bawa aku, abang dan kakak ke Tapah di rumah saudara.dalam perjalanan aku ternampak abah berkain songket merah....aku nampak mak menangis tapi masih nak merahsiakan dariku... Abah mendapat 10 orang anak hasil perkahwinan ke 3.



Diawal perkahwinan dengan isteri ketiga abah seolah-olah telah melupakan kami. Kedai yang asalnya nama mak kerana mak yang mengelluarkan modal perniagaan pada masa tu....telah dipindah milik kepada isteri ke 3....Rumah banglo hasil pendpatan berniaga mak juga telah dipindah milik kepada isteri ke 3....Mak redha.



Tetapi masa berlalu.....di hujung usia abah banyak ke rumah mak...abah menceritakan segala masalah isteri kedua dan ketiga kepada mak...sehinggakan kalau di kedai tiada pekerja mak sanggup carikan pekerja itu walaupun dia tahu miliknya telah dirampas...mak tak berdendam.



Abah sering datang berbual-bual dengan mak..seolah-olah mak sahabatnya.....mak sering merasionalkan abah..dan ingatkan abah dengan ALLAH..... Seolah-olah segala perbuatan abah dan isteri2 abah terhadap dia tidak memberi kesan kepadanya.......mak seorang pemaaf.



kadang-kadang aku pun hairan macam mana mak mempunyai kesabaran dan ketenangan diri yang sebegitu kuat.....Allahu Akbar.






Mungkin diri mak yang lurus...berserah dan redha...mak sentiasa tenang dan berlapang dada. Diusia mak mencecah 74 tahun banyak Allah SWT tunjukkan kepada mak....kebaikan mak...antaranya MENDAPAT ANUGERAH IBU MITHALI TV3 2005, menunaikan haji dua kali, menunaikan umrah 2 kali, disayangi oleh ramai orang anak kandung 3 orang, anak angkat 1 orang, anak isteri kedua 4 orang, 27 orang cucu, anak-anak saudara, saudara-mara dan jiran tetangga. Diusia emas, setiap hari mak ke pusat kesihatan untuk menjalani rawatan mesin kesihatan yang terletak berhampiran rumah. Alhamdulillah mak gembira dipusat kesihatan itu kerana dapat berjumpa ramai kawan sesuia dengannya dan menambahkan aktiviti berfaedah di masa lapang.
Bagi diriku ...aku mewajibkan kepada ku mendoakan mak dan menelefon mak sekerap mungkin. Akhir bicara setiap kali menelefon mak...Mak Nyah sa.....yang mak... dan mak akan jawab...terima kasiiiih.


Semoga mak mendapat keredhaan Allah, perlindungan Allah SWT, kesejahteraan di dunia dan diakhirat...Amin.






No comments:

Post a Comment