Friday, January 29, 2010

KISAH 1 : SETTING VS STRES


Pagi ini sedang berehat di kantin, seorang rakan duduk menghampiriku. Pertemuan itu telah dirancang olehnya dan mungkin pada masa itu hanya saya dan dia sahaja berada di kantin...proses perkongsian agak selesa untuk dijalankan. Perbualan kami dimulai olehnya dengan menyatakan alhamdulillah melalui maklumat dari kaunselor telah diaplikasikan dalam hidupnya dan insyaAllah beliau akan mendirikan masjid tidak lama lagi. Sebagai orang baru nak masuk ke gerbang perkahwinan, pelbagai persoalan yang bermain-main difikirannya. Sering juga dia bertanya kepada guru-guru yang telah berkahwin dan ada pelbagai pengalaman.Banyak info yang di perolehinya dan cuba dijadikan panduan untuk diaplikasikan. Salah satu maklumat yang diterima ialah....sebagai isteri kita perlu aturkan semua perkara dan kalau boleh segala perbelanjaan biar ditanggung suami. Kita perlu setkan dari awal perkahwinan kerana jika gagal membentuk sistem begitu......isteri akan jadi mangsa suami.


Merancang sesuatu perkara itu sememangnya baik....tetapi tidak semua perkara kita boleh diaturkan dan berjaya....Kita boleh mengatur apa yang ada kuasa sepenuhnya di tangan kita...hak kita sendiri bukannya kita mengatur hak orang lain. Ini kerana sekiranya apa yang dirancang tak dapat....ini boleh menambahkan kerungsingan dan kekecewaan sendiri.


Mungkin ada sesetengah isteri (isteri A)...mendapat rezeki yang baik dan memperolehi suami yang bertanggungjawab yang menanggung segala perbelanjaan untuk rumahtangga. Isteri hanya simpan sahaja duit gajinya.....alhamdulillah Allah memberinya rasa dan rezeki sebegitu.


Tetapi ada juga sesetengah isteri..mendapat suami yang memanipulasikan isteri, meminta isteri menanggung kos keperluan rumahtangga dan anak-anak....Alhamdulillah kita masih ada gaji dan dapat menanggung anak-anak dan rumahtangga walaupun tidak semewah seperti si A. Alhamdulilah kita masih ada suami dan diberi kesihatan diri dan anak-anak yang baik. Alhamdulillah kita dibri rasa keperitan sedikit di dunia....

Sememangnya janji Allah itu benar... Setiap kebaikan yang dilakukan walau sebiji zarah akan mendapat kebaikan dan setiap kejahatan yang dilakukan walau sebiji zarah juga akan mendapat balasan. Allah SWT maha adil dan Janji Allah SWT adalah benar.....


Alhamdulillah kita diberi rasa yang pelbagai ...cuma perlu bijaksana dan bijaksini untuk memilih...

Merancang sehingga menyebabkan stress jika apa yang dirancang tidak terlaksana. atau

Merancang dan berdoa jika berjaya itulah rezeki kita tapi jika tidak ....ini lah rezeki kita untuk merasai kepahitan kehidupan yang sementara..............


Semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita dalam merancang sesuatu perkara secara berhikmah dan sentiasa dalam keredhaanNya...Amin

No comments:

Post a Comment