Friday, January 29, 2010

Matlamat Hidup


Pagi Jumaat tadi suasana di sekolah dikejutkan dengan ucapan seorang pelatih guru yang menyampaikan tazkirah yang bertajuk Matlamat Hidup. Matlamat datang ke sekolah sebagai seorang pelajar adalah menuntut ilmu dan ini adalah jihad dan perjuangan diri sebagai seorang muslim dan muslimat. Sememangnya dalam proses menuntut ilmu adalah suatu yang sukar tetapi Allah SWT telah berjanji bahawa setaiap yang susah pasti ada kesenangannya. Ibarat Bersusah-susah dahulu dan Bersenang-senang kemudian. Cara penyampaian pelatih muda yang bertenaga dan disulami dengan kisah rasulullah, firman Allah SWT, pepatah Melayu dan janji-janji Allah yang Maha Adil dan Saksama memberikan suasana tazkirah pagi tadi sungguh sayu dan terkesan di hati. Semoga Allah SWT memberi peluang dan ruang kepada kami untuk memperolehi suasana sebegini...Amin.

No comments:

Post a Comment