Saturday, April 24, 2010

KITA JUARA







PROGRAM BITARA UPSI ; PELAJAR ELIT PMR SPM 2010






Pada 21 April 2010 UBK SEMEKAP dan UPSi berjaya dijalankan. Seramai 80 orang pelajar menyertai program.



Penceramah seorang motivator muda dan aktif sesuai dengan kehendak remaja semasa. sepanjang program pelajar memberi fokus sepenuhnya dan bermotivasi. Kata penceramah kita adalah juara semasa di alam rahim dan kita mampu juga menjadi JUARA di alam kenyataan ini.



Terus berusaha menjadi JUARA.....InsyaALLAH.

RIAMODA SUATU HIJRAH SATU SEJARAH









































































































Alhamdulillah..malam Jumaat majlis doa selamat dan solat jemaah bersama pelajar-pelajar dan tenaga pengajar TAHFIZ Darul Baraqah , Ipoh dapat dilaksanakan. majlis diadakan sempena pembukaan RIAMODA SILK HOUSE setelah berpindah dari Simpang Pulai ke bangunan sendiri di Green Evenue, Ipoh...berhadapan dengan dataran Majlis Bandaraya Ipoh. Hijrah dari Simpang Pulai ke bandar Ipoh.

Sejuk mata memandang melihatkkan telatah anak-anak kecil yang memakai pakaian sunnah Rasulullah SAW dan menghafal surah Yaasin yang dibaca. Laungan azan yang sayu dan merdu dari anak-anak kecil ini menyentuh emosi....

Selesai solat majlis bacaan Yaasin dan tahlil dimulakan. Disiplin anak-anak ini terbukti dengan sendirinya mereka melaksanakan amalan tanpa perlu diawasi oleh tenaga pengajar..inilah dia..apabila hati dah terdidik...dengan sendirinya anak-anak ini dapat melaksanakan amalan tanpa perlu dipantau oleh orang dewasa...Syukur Alhamdulillah jika kita dapat merasakan EHSAN sepanjang masa.

kata-kata Ustaz menyentuh perasaan : Kita orang ISlam perlulah menyokong orang Islam..Ditengah-tengah perniagaan besar dikalangan bukan Islam ada sebuah gedung riamoda milik orang Islam...adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk menyokong produk orang Islam...ini amalan yang baik yang perlu dipraktikkan oleh semua orang Islam....

Banyaknya cabaran untuk membuka perniagaan di kawasan green town Ipoh ni...Hanya Allah SWT je yang maha mengetahui....Semoga RIAMODA SILK HOUSE dekat dihati pelanggan. ..insyaAllah....Semoga RIAMODA SILK HOUSE sentiasa berada dalam perlindungan dan petunjuk ALLAH SWT......AMIN

PILIHANRAYA : HULU SELANGOR




Tiba-tiba wajah pekan Kuala Kubu sepanjang perjalanan ke sekolah berubah wajah. Ceria dengan kibaran bendera, warna-warni poster dan slogan-slogan menarik.
Ramai sungguh manusia...dari mana mereka datang?...Tapi yang tak bestnya setiap hari lewat tiba ke sekolah...nak ke sekolah 3 road block....tapi nak buat cam ne dah adat pilihanraya...hayatilah suasana ini dan jadikanlah sebagai pengalaman.

Seronok juga dalam perjalanan balik sekolah...melihat telatah penjual di gerai-gerai sepanjang jalan dan gelagat pembeli-pembeli..sekurang-kurangnya ubat hilang mengantuk selepas penat di sekolah.

Kepada pelajar2 yang menerima sumbangan diatas kejayaan PMR dan SPM tahniah....dan gunakanlah pemberian secara bijak. Begitulah rezeki dan seronoknya kalau jadi orang pandai...dan berkat bersusah-susah dahulu. Sesetengah pelajar mendapat sumbangan lebih dari satu....itulah rezeki namanya...

Kepada semua pengundi..selamat mengundi...dan bijaksana dan bijaksini membuat pilihan. SELAMAT MENGUNDI...

Wednesday, April 14, 2010


Tahniah! Syabas! Selamat Menjalankan Tugas kepada Ayahanda Mohd Suhaimi B. Abdullah diatas tugas yang diamanahkan. Suatu sejarah dalam arena pendidikan seorang PK HEM memangku tugas dua utama tunggak pentadbiran iaitu sebagai Pengetua sekolah dan Pen Kanan Akademik.

Semoga Cikgu Suhaimi tabah dan sabar menjalankan tugas ini. InsyaAllah Cikgu Suhaimi mampu melaksanakannya. Kami menyokong dan susuli dengan iringan doa...AMIN.

Sunday, April 11, 2010

HARI PERSARAAN vs SUATU HIJRAH SUATU SEJARAH






















Hari ini warga SMKAP ke Awana Genting Highland bagi meraikan hari persaraan dua orang kuat sekolah..iaitu puan pengetua Pn Hjh Hamidah B Saman dan pk akademik Tn Hj Mokhtar b Hussin.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan penuh dengan suasana tenang dan ceria. Kata-kata azimat pn pengetua..kita kerja bersama-sama dan berpasukan adalah kunci kejayaan kita. Manakala kata azimat pk akademik pula ialah bekerjalah bersungguh-sungguh dan beribadatlah bersungguh-sungguh dan janganlah jemu dan berputus asa dalam menjalankan tugas.

InsyaALLAH....kami warga SMKAP akan meneruskan perjuangan mendidik dan semoga ALLAH SWT memberikan kekuatan dan petunjuk kepada kami yang masih dalam perjuangan di arena pendidikan. Buat pengetua dan pk akademik semoga sejahtera sepanjang masa...AMIN.

Tuesday, April 6, 2010

Syariat yang diremehkan

Sejak akhir-akhir ini kita dihidangkan dengan pelbagai juadah mata, telinga, mulut, perut dan pelbagai rasa yang bertentangan dengan syariat...Inikah tanda-tanda akhir zaman?
Hiburan yang melalaikan menjadi keutamaan...Harta-kemewahan menjadi kejaran ...kecantikan,kelangsingan fizikal menjadi idaman....Kepentingan peribadi menjadi kemestian.

Hilang sudah rasa tanggungjawab. Kemana pergi rasa malu kepada Allah SWT? Takut kepada azab Allah SWT yang menyaksikan kita sepanjang masa... Malu pada malaikat yang sentiasa mencatat baik buruk kita.......

Hilang sudah rasa takut dan azabnya neraka,
Hilang sudah rasa cintanya kepada syurga...

Semuanya tiada makna bagi manusia....
Yang ada hanyalah mengejar peluang dan ruang yang ada di depan mata

Semoga Allah SWT melindungi kita dan sentiasa berada dalam syariatnya dan meninggalkan segala kemungkaran sama ada secara terangan atau tersembunyi...AMIN.

Mencintai syariah VS Peningkatan Mazmumah


Selepas selesai sesi kaunseling pagi tadi...saya mendengar perkongsian maklumat di radio IKIM. Kata ustaz sejak akhir-akhirnya pertambahan manusia yang lalai dan tidak ikut sunnah dari segenap lapisan masyarakat, dari segenap sudut dan setiap masa.

Mengenangkan kembali apa yang diperkatakan ustaz dengan isu-isu yang dikongsikan dibilik kaunseling sememangnya tepat sekali. Isu-isu di bilik kaunseling sering kali panas dengan isu-isu yang bertentangan dengan sunnah. Kisah isteri orang bermain cinta dengan suami orang di layar internet, kisah pelajar yang menyebarkan gambar bogelnya melalui mms, kisah remaja yang putus cinta kerana kekasihnya bermain cinta dengan sekumpulan perempuan di face book dan macam-macam lagi isu yang ternyata adalah mazmumah kerana perbuatan yang tidak mengikut sunnah.

Bermula dengan suka-suka, saja-saja dan akhirnya perbuatan mazmumah itu menjadi habit, suka, seronok dan akhirnya ada pergantungan emosi, fizikal dan minda....
Betullah kata ustaz...mana ada perbuatan kita saja-saja...semuanya ada tanggungjawab dan ada balasan..