Saturday, April 24, 2010

RIAMODA SUATU HIJRAH SATU SEJARAH









































































































Alhamdulillah..malam Jumaat majlis doa selamat dan solat jemaah bersama pelajar-pelajar dan tenaga pengajar TAHFIZ Darul Baraqah , Ipoh dapat dilaksanakan. majlis diadakan sempena pembukaan RIAMODA SILK HOUSE setelah berpindah dari Simpang Pulai ke bangunan sendiri di Green Evenue, Ipoh...berhadapan dengan dataran Majlis Bandaraya Ipoh. Hijrah dari Simpang Pulai ke bandar Ipoh.

Sejuk mata memandang melihatkkan telatah anak-anak kecil yang memakai pakaian sunnah Rasulullah SAW dan menghafal surah Yaasin yang dibaca. Laungan azan yang sayu dan merdu dari anak-anak kecil ini menyentuh emosi....

Selesai solat majlis bacaan Yaasin dan tahlil dimulakan. Disiplin anak-anak ini terbukti dengan sendirinya mereka melaksanakan amalan tanpa perlu diawasi oleh tenaga pengajar..inilah dia..apabila hati dah terdidik...dengan sendirinya anak-anak ini dapat melaksanakan amalan tanpa perlu dipantau oleh orang dewasa...Syukur Alhamdulillah jika kita dapat merasakan EHSAN sepanjang masa.

kata-kata Ustaz menyentuh perasaan : Kita orang ISlam perlulah menyokong orang Islam..Ditengah-tengah perniagaan besar dikalangan bukan Islam ada sebuah gedung riamoda milik orang Islam...adalah menjadi kewajipan kepada kita untuk menyokong produk orang Islam...ini amalan yang baik yang perlu dipraktikkan oleh semua orang Islam....

Banyaknya cabaran untuk membuka perniagaan di kawasan green town Ipoh ni...Hanya Allah SWT je yang maha mengetahui....Semoga RIAMODA SILK HOUSE dekat dihati pelanggan. ..insyaAllah....Semoga RIAMODA SILK HOUSE sentiasa berada dalam perlindungan dan petunjuk ALLAH SWT......AMIN

No comments:

Post a Comment