Saturday, April 24, 2010

PILIHANRAYA : HULU SELANGOR




Tiba-tiba wajah pekan Kuala Kubu sepanjang perjalanan ke sekolah berubah wajah. Ceria dengan kibaran bendera, warna-warni poster dan slogan-slogan menarik.
Ramai sungguh manusia...dari mana mereka datang?...Tapi yang tak bestnya setiap hari lewat tiba ke sekolah...nak ke sekolah 3 road block....tapi nak buat cam ne dah adat pilihanraya...hayatilah suasana ini dan jadikanlah sebagai pengalaman.

Seronok juga dalam perjalanan balik sekolah...melihat telatah penjual di gerai-gerai sepanjang jalan dan gelagat pembeli-pembeli..sekurang-kurangnya ubat hilang mengantuk selepas penat di sekolah.

Kepada pelajar2 yang menerima sumbangan diatas kejayaan PMR dan SPM tahniah....dan gunakanlah pemberian secara bijak. Begitulah rezeki dan seronoknya kalau jadi orang pandai...dan berkat bersusah-susah dahulu. Sesetengah pelajar mendapat sumbangan lebih dari satu....itulah rezeki namanya...

Kepada semua pengundi..selamat mengundi...dan bijaksana dan bijaksini membuat pilihan. SELAMAT MENGUNDI...

No comments:

Post a Comment