Tuesday, April 6, 2010

Mencintai syariah VS Peningkatan Mazmumah


Selepas selesai sesi kaunseling pagi tadi...saya mendengar perkongsian maklumat di radio IKIM. Kata ustaz sejak akhir-akhirnya pertambahan manusia yang lalai dan tidak ikut sunnah dari segenap lapisan masyarakat, dari segenap sudut dan setiap masa.

Mengenangkan kembali apa yang diperkatakan ustaz dengan isu-isu yang dikongsikan dibilik kaunseling sememangnya tepat sekali. Isu-isu di bilik kaunseling sering kali panas dengan isu-isu yang bertentangan dengan sunnah. Kisah isteri orang bermain cinta dengan suami orang di layar internet, kisah pelajar yang menyebarkan gambar bogelnya melalui mms, kisah remaja yang putus cinta kerana kekasihnya bermain cinta dengan sekumpulan perempuan di face book dan macam-macam lagi isu yang ternyata adalah mazmumah kerana perbuatan yang tidak mengikut sunnah.

Bermula dengan suka-suka, saja-saja dan akhirnya perbuatan mazmumah itu menjadi habit, suka, seronok dan akhirnya ada pergantungan emosi, fizikal dan minda....
Betullah kata ustaz...mana ada perbuatan kita saja-saja...semuanya ada tanggungjawab dan ada balasan..

No comments:

Post a Comment