Monday, March 29, 2010

KISAH 19 ; PERHUBUNGAN VS KEPERCAYAAN


Klien perempuan yang hadir berjumpa kaunselor berada dalam keadaan amat tertekan. Beliau mengambil masa yang lama menangis di hadapan kaunselor....tiada kata-kata yang dapat diluahkan.hanya air mata dan non verbal dia yang menjadi perantaraan saya dan dia. Dia dalam katarsis.....pendaman yang lama tak diekspresifkan......

Dia mulakan perbualan kami dengan menyatakan saya rasa Tak percaya....Saya tak sangka...Ape puncanya....Kenape dia memungkiri janji...

Bila situasi tenang, klien menerangkan suaminya telah bermain kayu tiga di layar internet dengan extunangnya.....dia telah putus tunang hampir 20 tahun yang lalu...tunangnya adalah isteri orang dan ada anak 2.

Klien rasa tertipu kerana dan terkejut setelah sekian lama....baru dia sedar perkara ini berlaku...

Ayat-ayat cinta serta gambar-gambar yang dipaparkan membuktikan rasa hati suami dan kekasih internetnya itu...Klien rasa tertipu dan pengorbanannya dan kesetiaan kepada suami dirasakan tidak dihargai.....


Klien masih sayangkan suami dan keluarganya dan bagi seorang perempuan yang beriman dia menerima qada dan qadar Allah...cuma dia perlukan seseorang untuk berkongsi isi perasaannya...


Klien juga bingung bagaimana nak pulihkan kembali kepercayaannya yang telah runtuh....kepercayaan 100% yang diberi kepada suami....tak tahulah tinggal berapa???? dia seolah-olah merasakan diri suaminya itu tidak jujur dan ada perancangan lain.....itulah kata-kata dalam hatinya...klien keliru....Dek kerana sekali suaminya tidak sign out emailnya...pecahlah tembeleng suaminya........


Kepercayaan kepada orang yang disayangi...amat penting dalam kesejahteraan perhubungan.Hati menjadi tenang sekiranya ada saling percaya dan mempercayai...tetapi apabila kepercayaan telah runtuh...amat sukar untuk dipulihkan kembali.....oleh itu jagalah kepercayaan individu terhadap kita.Janganlah mengambil kesempatan diatas kepercayaan dan kesetiaan yang diberikan. Tetapi sekali kaca kepercayaan telah runtuh dan berkecai amat sukar untuk dipulihkan kembali. Semoga Allah SWT memberi kita kebijaksanaan dalam menaplikasikan aspek kepercayaan kepada orang lain. AMIN


Saturday, March 27, 2010

KISAH 18: TAK MARAH vs TAK MESRA


Klien lelaki berusia 22 tahun agak tidak serius untuk berkongsi masalahnya di peringkat awal. Dia menyatakan, dia baru perasan situasi ini menjadi suatu unfinished kepadanya walaupun peristiwa itu telah berlaku semasa dia kanak-kanak. Klien menunjukkan non verbalnya yang tidak puas hati dan melahirkan emosi geram dan tidak puas hati akan tindakan kakaknya keatasnya. Perasaan rendah diri berbanding ahli keluarga yang lain kerana warna kulit yang gelap juga sering diulang-ulang oleh klien.
Rentetan peristiwa semasa kanak-kanak membentuk 'mind set' klien tentang dirinya dan leballing ahli keluarganya yang negatif menjadi pegangannya sehingga dewasa. Oleh kerana ada harapan yang tidak dipenuhi oleh ahli keluarga maka terbentuklah suatu persepsi bahawa dia tidak bermakna untuk keluarganya. Bila ditanya adakah klien marah dengan kakak dan ahli keluarganya akan peristiwa lepas? Dia berkata saya tak marah tapi tak boleh nak mesra....
Saya bertanya pada klien ....Meaning?

Banyak peristiwa semasa kecil....menjadi pegangan sehingga kita dewasa....
Sampai bila kita nak bawa peristiwa lampau dalam hidup kita?
Sampai bila kita nak mengepung diri kita dalam kepompong yang kita bina?
Sampai bila kita nak memandu kenderaan tetapi tidak mahu melepaskan 'hand break' kereta...

Lepaskanlah hand break kereta agar kereta bergerak tidak terseksa dan perjalanan kita menjadi lancar.
Memang sukar untuk memaafkan orang lain...tetapi percayalah...selepas kita memaafkan seseorang...hati menjadi tenang hidup menjadi selesa.

Semoga kita diberi kekuatan untuk menjadi seorang pemaaf.

Prosedur VS Buang Bayi


Setiap pagi memandu ke sekolah, radio IKIM menjadi temanku. Pagi ini berita buang bayi lebih menyayat hati sehingga DJ radio pun tak sanggup nak membacanya. Kes pembuangan bayi semakin hebat diperkatakan sejak akhir-akhir ini...

Mengenangkan pengalaman lepas klien ku ... sekiranya kami tidak kuat semangat nak mengharungi cabaran ini....tak tahulah ape yang akan berlaku..

Klien yang menjadi mangsa dan mengandung berada dalam keadaan yang amat tertekan, ketakutan, tidak mempercayai orang lain dan seribu macam emosi negatif yang bersarang di hati dan mindanya. Tanpa sokongan individu signifikan dan persekitaran selama tempoh mengandung memberi satu 'mind set' klien sama ada positif atau negatif....

Kemudian... apabila saat kelahiran tiba, satu lagi cabaran yang lebih besar perlu dilalui...Klien saya tidak diterima dihospital A Dalam keadaan genting saya menghubungi sesiapa sahaja dalam phone book untuk meminta bantuan. Alhamdulillah sokongan dari NGO pusat wanita dan pensyarah kaunseling saya pasti apa yang patut dibuat. Akhiranya klien saya ke Hospital B yang perjalannya mengambil masa 1 jam.
Prosedur di hospital- soal jawab staf , kenyatan hitamputih, labelling dan soalan-soalan yang mencabar klien.....menjadi suatu trauma kepada klien yang cemas nak bersalin. Terpaksa juga saya bertikam lidah dengan pihak hospital....kerana prosedur ini. Sehinggakan saya terpaksa mengeluarkan statement ....Mana lebih penting ...Prosedur atau nyawa klien saya
Alhamdulillah...Allah SWT maha Pengampun dan Penyayang.Klien telah berumahtangga dan anaknya sihat dan comel.
Kadang-kadang saya terfikir...patut le kes pembuangan bayi menjadi satu unfinished!!!
Semoga diberi kekuatan dan hidayah ALLAH SWT untuk membantu klien kes sebegini...AMIN

RASA...DIA...beri....DIA..ambil


Alhamdulillah...hidup ini diberi pelbagai rasa.
Siapa yang beri rasa ini...? Allah SWT.
Siapa yang ambil rasa ini ? Allah SWT.
Alhamdulillah...sebentar tadi aku diberi rasa...
Rasa yang telah lama aku tinggalkan..., hilang dari ku
Tetapi sebentar tadi Allah SWT memberi rasa itu kepadaku... rasa yang kurindui selama ini...
Rasa tenang, rasa lapang, rasa kosong, rasa tiada apa-apa......rasa hamba.....
Rasa hilang dalam dunia kenyataan yang mengelirukan....
Rasa hadir dalam alam kosong yang ada kepastian....
Aku diberi rasa keinsafan seketika...setelah leka dan laro sekian lama....
Aku terfikir...bagaimanakah aku mendapat rasa itu sebentar tadi???
Jawapannya ada dalam diriku.... Aku bertanya, Aku Menjawab.

Bilakah lagi aku akan merasai RASA itu???


Thursday, March 25, 2010

PELAJAR BERISIKO VS PERHATIAN






















Alhamdulillah program KAMI SAYANG 'Cakna Diri, Jauhi Dadah' usahama UBK dan pelatih UPSI BNK semeseter 4 berjalan dengan lancar. Pelajar Berisiko seringkali memberi kesulitan kepada pihak sekolah. Acapkali nama mereka menjadi sebutan guru kerana salah laku disiplin dan sikap mereka yang mencabar kesabaran guru. Hari ini seramai 50 orang pelajar dipilih oleh Unit HEM untuk menjalani program KAMI SAYANG. Melalui sharing moment...ada dikalangan mereka meluahkan perasaan, inilah kali pertama dia diberi peluang bercakap di hadapan khalayak ramai...ada juga menyatakan rasa gembira yang teramat sangat kerana pertama kali diberi peluang menjadi ketua dalam kumpulan. Sikap keterbukaan mereka dan kepatuhan mengikuti peraturan sepanjang program membuktikan mereka boleh berubah jika kena cara dan pendekatannya.












Semoga program ini menjadi titik tolak untuk pelajar berubah ke arah positif....AMIN

ASTRO AWANI KE SEMEKAP











Alhamdulillah, hari ini SMKAP telah menjadi destinasi ASRTO AWANI untuk mendapatkan maklumat. Beberapa orang guru dan kaunselor telah ditemuramah. Kebetulan pada hari ini juga program UBK bersama pelatih UPSI sedang dijalankan. Program Cakna Diri, Jauhi Dadah khusus untuk pelajar berisiko telah disertai oleh 50 orang pelajar juga turut dirakam oleh pihak media. Insya Allah siaran rakaman akan disiarkan melalui siaran Awani Oasis pada hari Isnin minggu depan, jam 5.30 petang. Semoga pengiktirafan ini memberi suntikan untuk UBK terus berusaha meningkatkan kualiti perkhidmatan...AMIN.

Monday, March 22, 2010

KISAH 17 : ADIK VS ANAK

Klien perempuan usia awal dua puluhan, agak agresif apabila bercerita. Klien yang aktif bercakap ini begitu mudah meluahkan rasa marah terhadap abangnya. Klien kerap melabel abangnya dengan kata-kata tak ada otak, menyusahkan orang tua, tahu buat anak tapi tak tahu jaga anak, suka menyusah kan orang lain dan macam-macam lagi.....Ini adalah kerana klien merasakan abangnya sering menyusahkan dia dan mak ayah yang sudah tua untuk menjaga anaknya yang masih kecil. Klien anak bongsu daripada 7 adik beradik begitu marah dengan sikap abang yang tak bertanggungjawab dengan memaksa dia dan ibubapanya menjaga anak-anaknya. Klien agak keliru kerana bila bersama dengannya ibubapa sering mengadu hal abangnya yang sering meletakkan anak-anaknya dibawah jagaan mereka....tetapi apabila abangnya menghantar anak-anaknya ibubapa berubah sikap dan ceria menerima kehadiran cucu-cucunya...Begitulah setiap kali abangnya mengahantar anak-anaknya...
Klien yang menjadi tempat ibubapanya mengadu begitu geram....dan berasa nak buat sesuatu kepada abangnya..teta[i setiap kali dia bersuara akan berlaku pergaduhan...Sehingga maknya pernah berkata ...jangan bergaduh kepadanya ... klien keliru dengan keadaan ini.

Sebagai anak kadang-kadang kita terpaksa menjadi pendengar yang baik...tempat untuk ibubapa meluahkan perasaannya tentang perangai anak-anak...Setiap luahan rasa ibubapa tidak memerlukan tindakan kita...cukuplah kita sebagai pendengar yang mendengar luaahan emosi mereka dan mereka tidak perlukan tindakan kita......dan sebagai adik sekiranya tindakan kita kepada abang lebih mendatangkan keburukan dan mengecewakan ibubapa.....hentikanlah kerana jika kita bersikap begitu TIDAK ADA BEZANYA KITA DAN ABANG.

Semoga kita diberi kesabaran berhadapan dengan kerenah adik-beradik demi membahagikan hati orang tua..AMIN.

KISAH 16: SAYANG VS PERCAYA


Klien pada kali ini agak pemalu dan berat untuk share isu yang nak dikongsikan. Non verbal klien yang gelisah dan tertutup terbukti bahawa klien agak sukar untuk menceritakan kisahnya. Suaranya agak perlahan dan begitu berhati-hati menyatakan dia rasa tertekan dengan kawan istimewanya. Klien merasakan diri temann yang dikenali sejak 3 tahun telah berubah sikap sejak dia memasuki menara gading semeter yang lalu.
Lebih tertekan apabila klien mendapati temannya berchatting dengan rakan perempuan di dalam face book. Klien juga sering memaksa temannya menurut kehendaknya seperti memberi password facebook dan klien juga mangaku dia agak mengongkong temannya...Dia rasakan sikap control temannya itu tidak salah ...sebab dia amat sayang temannya itu...Klien juga sering memaksa temannya menghubunginya dan permintaannya dituruti...tetapi setiap kali berbual ada saja isu yang menyebabkan mereka berselisih faham....klien marah, geram, bosan tetapi sayang dan sukar melupakan temannya...inilah luahan emosi klien.

Sebagai manusia kita tidak dapat lari dari merasa sayang yang disayangi...tetapi kadang-kadang kerana terlalu ikutkan hati kita berasa risau dan tidak percaya tindak tanduk teman yang disayangi. Setiap pergerakan teman yang disayangi ingin kita kawal dan pastikan tiada orang lain yang menganggu kesetiaan dia kepada kita. Sampai bilakah kita mampu mengawal orang yang kita sayangi......Sayang dan percaya adalah satu kombinasi perasaan yang melegakan kita dalam suatu perhubungan. Sekiranya ada sayang dan saling percaya mempercayai tiadalah unsur control dan kawalan ini berlaku. Ruang yang diberi oleh teman diguna dengan sebaik-baiknya tanpa ada tipu muslihat.

Friday, March 12, 2010

spm vs rasa











SPM memberi kita pelbagai RASA...

SPM merupakan suatu episod dalam kehidupan yang memberi banyak RASA
Rasa yang bermakna jika digabungkan dengan pemikiran yang positif....
Rasa yang tidak bernilai jika digabungkan dengan pemikiran negatif

Rasa kesyukuran dan kegembiraan.
Rasa keinsafan dan kedukaan...
Rasa kelegaan dan kelapangan...
Rasa keresahan dan kegusaran...
Rasa ketakutan dan ketidakhaluan....

Elakkanlah dari....

Rasa cemburu dan kedengkian...
Rasa angkuh dan kesombongan....
Rasa keegoan dan menyalahi tuhan...


Cubalah...

Rasa seperti seorang hamba tuhan yang menerima apa sahaja kehendak tuhan......dengan penuh keinsafan dan kesyukuran...AMIN

spm vs hala tuju diri


Alhamdulillah! keputusan SPM telah diperolehi. Syukur! Tahniah! Syabas! Redha!.... Setiap kejadian ada HIKMAHNYA. Setiap AllAH SWT tetapkan tentu ada baiknya....Kadang-kadang kita merasakan sesuatu yang kita dapat itu adalah BURUK BAGI KITA...tapi bagi ALLAH SWT itulah yang TERBAIK UNTUK KITA.
SPM membawa kita memikir dan mangambil tanggungjawab ke atas keputusan yang ALLAH SWT berikan ini. Tanggungjawab diri kita untuk berfikir, bertindak secara positif kemanakah hala tuju diri yang sesuai dengan KELAYAKAN SPM ini. Ke mana kita perlu bawa diri untuk ke setting yang sesuai dengan kelayakan, minat, personaliti, cita-cita, harapan ibu bapa dan kehendak pasaran kerjaya semasa.

Teruslah mencari keistimewaan dan kekuatan diri agar kita menuju ke destinasi diri yang lebih mensejahterakan kita dan kejayaan di dunia dan akhirat.AMIN.

Monday, March 8, 2010

MARAH VS BERUBAH

Pagi ini kami dikejutkan dengan suatu insiden yang tidak diduga. Sedang asyik mendengar taklimat oleh guru bertugas tiba-tiba terdengar suara menjerit dari belakang. Seorang pelajar yang masih menyandang beg dibahunya sedang menangis. Beberapa orang guru lelaki berada di sisi pelajar tersebut memerhatikan gelagat pelajar yang sedang dimarahi guru.

Kita sering kali marah apabila ada seseorang yang melanggar etika diri atau prinsip diri kita. Kanak-kanak dan orang dewasa suatu jurang pemisah umur yang banyak menimbulkan konflik bila kedua-dua individu ini bersama. Bagi orang dewasa kita sering marah pada kanak-kanak yang mengeluarkan perkataan-perkataan biadap pada kita. Sikap ego orang dewasa kadang-kadang bersikap emosi dan tidak empati terhadap situasi ini maka timbullah insiden yang tidak diingini.

Bagaimana kita memandang sesuatu masalah itu penting. Jika kita bersikap empati dan cuba meletakkan diri di tempat kanak-kanak itu.......kenapakah kanak-kanak ini sanggup mengeluarkan kata-kata kesat pada cikgu, adakah kanak-kanak ini dari keluarga bermasalah, trauma, mengambil bahan-bahan terlarang, ....apakah kriteria kanak-kanak ini (adakah dia kanak-kanak pendidikan khas : down sindrom, autisme, slow leaner???).

Kalau kita marah tetapi kanak-kanak itu sedikitpun tidak berubah,,,malah menambahkan kebenciannya pada guru,....tindakan guru tadi adalah untuk melegakan dirinya atau (memuaskan nafsu amarahnya sahaja). Akan menjadi titik hitam di dalam minda kanak-kanak tindakan guru itu tadi. Titik hitam ini perlu diputihkan semula agar tidak menjadi suatu unfinised bagi diri kanak-kanak ini.

KISAH 15 : KERJAYA VS KELIRU

Hari ini bilik kaunseling dihadiri oleh dua orang remaja perempuan lepasan sekolah. Kehadiran mereka dimulakan dengan pengenalan diri bahawa mereka adalah ex student semekap dan masih keliru kemana nak pergi selepas STPM. Mereka sekarang menduduki tingkatan enam atas di sekolah bersebelahan SMKAP. Mereka terdetik datang berjuma kaunselor setelah mendengar cerita-cerita dari kawan-kawan satu taman yang menyatakan ada seorang kaunselor baru di SMKAP yang bagus..... Saya merasionalkan mereka bahawa semua kaunselor akan membantu pelajar kalau pelajar juga tahu apa yang mereka kehendaki.
Dengan wajah yang keliru, klien pertama menyatakan bahawa dia tidak pasti ke mana dia nak pergi selepas STPM kelak. Dia juga tidak tahu apakah peluang-peluang belajar yang ada dan bagaimanakah cara untuk memohonnya. Oleh kerana klien sendiri tidak pasti apakah minat dan cita-citanya maka kaunselor berpendapat klien perlulah menjalani ujian personaliti diri (IPW) dan ujian minat kerjaya diri (SDS). Kedua-dua klien bersetuju untuj menjalani kedua-dua ujian tersebut.
Alhamdulillah setelah menjalani kedua-dua ujian klien kelihatan lebih yakin tentang diri masing-masing. Klien pertama berkata ....ehh apa yang cikgu cakap tu memang betul le .... cikgu cakap tu tepat le tentang diri saya....Kaunselor bertanya kepada klien ...Berapa /10 yang interpretasi ujian SDS ini tepat tentang diri awak? klien memaklumkan ...ha , cikgu saya rasa semuanya benar apa yang cikgu cakap ...jadi saya beri 10/10. Kaunselor juga bertanya tentang ketepatan interpretasi IPW kepada klien......Jawapan yang sama juga diberikan iaitu 10/10/

Selepas jelas tentang kekuatan dan kelemahan diri klien didedahkan pula tentang peluang belajar, belajar sambil bekerja dan peluang kerjaya. Cara permohonan mengisi borang dan on-line juga dibimbing kepada klien.

Kesimpulannya.....kekeliruan mengenali diri boleh terjawab jika kita sendiri ada usaha untuk mengenali diri. Masalah sekarang, ramai dikalangan kita banyak masa memikirkan hal orang lain cuba mencari kisah orang lain ssehinggakan lupa meneroka diri sendiri. Kekuatan dan Kelamhan diri hanya kitalah yang tahu. Melalui ujian yang dijalankan lebih menyakinkan kita apa yang kita sangka pada diri kita itulah kenyataannya. Terimalah hakikat diri dan setiap diri ada keistimewaan tersenditi yang ditentukan Allah SWT jalan kerjaya dan masa hadapannya. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita berusaha mengenali diri dan memperbaiki diri.