Setiap pagi memandu ke sekolah, radio IKIM menjadi temanku. Pagi ini berita buang bayi lebih menyayat hati sehingga DJ radio pun tak sanggup nak membacanya. Kes pembuangan bayi semakin hebat diperkatakan sejak akhir-akhir ini...
Mengenangkan pengalaman lepas klien ku ... sekiranya kami tidak kuat semangat nak mengharungi cabaran ini....tak tahulah ape yang akan berlaku..
Klien yang menjadi mangsa dan mengandung berada dalam keadaan yang amat tertekan, ketakutan, tidak mempercayai orang lain dan seribu macam emosi negatif yang bersarang di hati dan mindanya. Tanpa sokongan individu signifikan dan persekitaran selama tempoh mengandung memberi satu 'mind set' klien sama ada positif atau negatif....
Kemudian... apabila saat kelahiran tiba, satu lagi cabaran yang lebih besar perlu dilalui...Klien saya tidak diterima dihospital A Dalam keadaan genting saya menghubungi sesiapa sahaja dalam phone book untuk meminta bantuan. Alhamdulillah sokongan dari NGO pusat wanita dan pensyarah kaunseling saya pasti apa yang patut dibuat. Akhiranya klien saya ke Hospital B yang perjalannya mengambil masa 1 jam.
Prosedur di hospital- soal jawab staf , kenyatan hitamputih, labelling dan soalan-soalan yang mencabar klien.....menjadi suatu trauma kepada klien yang cemas nak bersalin. Terpaksa juga saya bertikam lidah dengan pihak hospital....kerana prosedur ini. Sehinggakan saya terpaksa mengeluarkan statement ....Mana lebih penting ...Prosedur atau nyawa klien saya
Alhamdulillah...Allah SWT maha Pengampun dan Penyayang.Klien telah berumahtangga dan anaknya sihat dan comel.
Kadang-kadang saya terfikir...patut le kes pembuangan bayi menjadi satu unfinished!!!
Semoga diberi kekuatan dan hidayah ALLAH SWT untuk membantu klien kes sebegini...AMIN
Semoga diberi kekuatan dan hidayah ALLAH SWT untuk membantu klien kes sebegini...AMIN
No comments:
Post a Comment