Klien perempuan usia awal dua puluhan, agak agresif apabila bercerita. Klien yang aktif bercakap ini begitu mudah meluahkan rasa marah terhadap abangnya. Klien kerap melabel abangnya dengan kata-kata tak ada otak, menyusahkan orang tua, tahu buat anak tapi tak tahu jaga anak, suka menyusah kan orang lain dan macam-macam lagi.....Ini adalah kerana klien merasakan abangnya sering menyusahkan dia dan mak ayah yang sudah tua untuk menjaga anaknya yang masih kecil. Klien anak bongsu daripada 7 adik beradik begitu marah dengan sikap abang yang tak bertanggungjawab dengan memaksa dia dan ibubapanya menjaga anak-anaknya. Klien agak keliru kerana bila bersama dengannya ibubapa sering mengadu hal abangnya yang sering meletakkan anak-anaknya dibawah jagaan mereka....tetapi apabila abangnya menghantar anak-anaknya ibubapa berubah sikap dan ceria menerima kehadiran cucu-cucunya...Begitulah setiap kali abangnya mengahantar anak-anaknya...
Klien yang menjadi tempat ibubapanya mengadu begitu geram....dan berasa nak buat sesuatu kepada abangnya..teta[i setiap kali dia bersuara akan berlaku pergaduhan...Sehingga maknya pernah berkata ...jangan bergaduh kepadanya ... klien keliru dengan keadaan ini.
Sebagai anak kadang-kadang kita terpaksa menjadi pendengar yang baik...tempat untuk ibubapa meluahkan perasaannya tentang perangai anak-anak...Setiap luahan rasa ibubapa tidak memerlukan tindakan kita...cukuplah kita sebagai pendengar yang mendengar luaahan emosi mereka dan mereka tidak perlukan tindakan kita......dan sebagai adik sekiranya tindakan kita kepada abang lebih mendatangkan keburukan dan mengecewakan ibubapa.....hentikanlah kerana jika kita bersikap begitu TIDAK ADA BEZANYA KITA DAN ABANG.
Semoga kita diberi kesabaran berhadapan dengan kerenah adik-beradik demi membahagikan hati orang tua..AMIN.
No comments:
Post a Comment