Monday, March 8, 2010

MARAH VS BERUBAH

Pagi ini kami dikejutkan dengan suatu insiden yang tidak diduga. Sedang asyik mendengar taklimat oleh guru bertugas tiba-tiba terdengar suara menjerit dari belakang. Seorang pelajar yang masih menyandang beg dibahunya sedang menangis. Beberapa orang guru lelaki berada di sisi pelajar tersebut memerhatikan gelagat pelajar yang sedang dimarahi guru.

Kita sering kali marah apabila ada seseorang yang melanggar etika diri atau prinsip diri kita. Kanak-kanak dan orang dewasa suatu jurang pemisah umur yang banyak menimbulkan konflik bila kedua-dua individu ini bersama. Bagi orang dewasa kita sering marah pada kanak-kanak yang mengeluarkan perkataan-perkataan biadap pada kita. Sikap ego orang dewasa kadang-kadang bersikap emosi dan tidak empati terhadap situasi ini maka timbullah insiden yang tidak diingini.

Bagaimana kita memandang sesuatu masalah itu penting. Jika kita bersikap empati dan cuba meletakkan diri di tempat kanak-kanak itu.......kenapakah kanak-kanak ini sanggup mengeluarkan kata-kata kesat pada cikgu, adakah kanak-kanak ini dari keluarga bermasalah, trauma, mengambil bahan-bahan terlarang, ....apakah kriteria kanak-kanak ini (adakah dia kanak-kanak pendidikan khas : down sindrom, autisme, slow leaner???).

Kalau kita marah tetapi kanak-kanak itu sedikitpun tidak berubah,,,malah menambahkan kebenciannya pada guru,....tindakan guru tadi adalah untuk melegakan dirinya atau (memuaskan nafsu amarahnya sahaja). Akan menjadi titik hitam di dalam minda kanak-kanak tindakan guru itu tadi. Titik hitam ini perlu diputihkan semula agar tidak menjadi suatu unfinised bagi diri kanak-kanak ini.

No comments:

Post a Comment