Monday, March 8, 2010

KISAH 15 : KERJAYA VS KELIRU

Hari ini bilik kaunseling dihadiri oleh dua orang remaja perempuan lepasan sekolah. Kehadiran mereka dimulakan dengan pengenalan diri bahawa mereka adalah ex student semekap dan masih keliru kemana nak pergi selepas STPM. Mereka sekarang menduduki tingkatan enam atas di sekolah bersebelahan SMKAP. Mereka terdetik datang berjuma kaunselor setelah mendengar cerita-cerita dari kawan-kawan satu taman yang menyatakan ada seorang kaunselor baru di SMKAP yang bagus..... Saya merasionalkan mereka bahawa semua kaunselor akan membantu pelajar kalau pelajar juga tahu apa yang mereka kehendaki.
Dengan wajah yang keliru, klien pertama menyatakan bahawa dia tidak pasti ke mana dia nak pergi selepas STPM kelak. Dia juga tidak tahu apakah peluang-peluang belajar yang ada dan bagaimanakah cara untuk memohonnya. Oleh kerana klien sendiri tidak pasti apakah minat dan cita-citanya maka kaunselor berpendapat klien perlulah menjalani ujian personaliti diri (IPW) dan ujian minat kerjaya diri (SDS). Kedua-dua klien bersetuju untuj menjalani kedua-dua ujian tersebut.
Alhamdulillah setelah menjalani kedua-dua ujian klien kelihatan lebih yakin tentang diri masing-masing. Klien pertama berkata ....ehh apa yang cikgu cakap tu memang betul le .... cikgu cakap tu tepat le tentang diri saya....Kaunselor bertanya kepada klien ...Berapa /10 yang interpretasi ujian SDS ini tepat tentang diri awak? klien memaklumkan ...ha , cikgu saya rasa semuanya benar apa yang cikgu cakap ...jadi saya beri 10/10. Kaunselor juga bertanya tentang ketepatan interpretasi IPW kepada klien......Jawapan yang sama juga diberikan iaitu 10/10/

Selepas jelas tentang kekuatan dan kelemahan diri klien didedahkan pula tentang peluang belajar, belajar sambil bekerja dan peluang kerjaya. Cara permohonan mengisi borang dan on-line juga dibimbing kepada klien.

Kesimpulannya.....kekeliruan mengenali diri boleh terjawab jika kita sendiri ada usaha untuk mengenali diri. Masalah sekarang, ramai dikalangan kita banyak masa memikirkan hal orang lain cuba mencari kisah orang lain ssehinggakan lupa meneroka diri sendiri. Kekuatan dan Kelamhan diri hanya kitalah yang tahu. Melalui ujian yang dijalankan lebih menyakinkan kita apa yang kita sangka pada diri kita itulah kenyataannya. Terimalah hakikat diri dan setiap diri ada keistimewaan tersenditi yang ditentukan Allah SWT jalan kerjaya dan masa hadapannya. Semoga Allah SWT memberi kekuatan kepada kita berusaha mengenali diri dan memperbaiki diri.

No comments:

Post a Comment