Thursday, March 25, 2010

PELAJAR BERISIKO VS PERHATIAN






















Alhamdulillah program KAMI SAYANG 'Cakna Diri, Jauhi Dadah' usahama UBK dan pelatih UPSI BNK semeseter 4 berjalan dengan lancar. Pelajar Berisiko seringkali memberi kesulitan kepada pihak sekolah. Acapkali nama mereka menjadi sebutan guru kerana salah laku disiplin dan sikap mereka yang mencabar kesabaran guru. Hari ini seramai 50 orang pelajar dipilih oleh Unit HEM untuk menjalani program KAMI SAYANG. Melalui sharing moment...ada dikalangan mereka meluahkan perasaan, inilah kali pertama dia diberi peluang bercakap di hadapan khalayak ramai...ada juga menyatakan rasa gembira yang teramat sangat kerana pertama kali diberi peluang menjadi ketua dalam kumpulan. Sikap keterbukaan mereka dan kepatuhan mengikuti peraturan sepanjang program membuktikan mereka boleh berubah jika kena cara dan pendekatannya.












Semoga program ini menjadi titik tolak untuk pelajar berubah ke arah positif....AMIN

No comments:

Post a Comment