Sunday, January 23, 2011

PENDENGAR YANG BAIK

Telinga yang mendengar dengan sabar
dapat melatih setiap insan bersabar
dan bersungguh-sungguh dalam menghadapi dugaan hidup.
Dalam sebuah keluarga, apakah yang dimahukan anak-anak daripada ibubapanya?
Dalam sebuah keluarga, apakah yang dimahukan ibubapa yang tua daripada anak-anaknya?
Dalam sebuah sekolah, apakah yang diperlukan anak murid daripada gurunya?
dalam sebuah komuniti, apakah yang diperlukan rakyat daripada pemimpinnya?

Tidak lain dan tidak bukan...kehadiran dan kesediaan mereka mendengar celotehnya....

Kini barulah aku faham kenapa mak selalu cakap kepada ku.....Mak tak nak kamu buat ape-ape....mak cuma nak kamu dengar je....

Saturday, January 22, 2011

DEWAN SUTERA : 'SENTUHAN KEIKHLASAN'

Setelah selesai program hari ini, tergerak rasa hati nak berkongsi rasa...

Pagi Isnin selesai perhimpunan rasmi aku, En Hafiz, Kak Shamsiah dan Kak Ani dipanggil pengetua untuk taklimat program.
Peringkat awal aku rasakan serba salah kerana program yang melibatkan ibubapa seramai hampir 180 orang pelajar ini agak tergesa-gesa. Lebih-lebih lagi minggu ini aku ada dua program utama peringkat daerah. Memandangkan aku juga setiausaha Majlis Guru Kaunseling daerah.... aku perlu komited.

Alhamdulillah sokongan kawan2 amat positif. Pn Roziah guru pendidikan Seni begitu energetik dan kreatif mengubah suai dewan sutera...Make over dewan sutera terserlah dengan sentuhan Pn Roziah.( TQ Rodziah- great job) Terima kasih juga kepada Kak Shamsiah dan En Mahadir yang begitu komited.

Alhamdullilah...syukur ke hadrat allah SWT program ad-hock yang hanya beberapa hari dirancang..dapat dilaksanakan dengan jayanya. Terima kasih kepada semua AJK program, guru-guru, makcik2 kantin dan anak-anak Pembimbing Rakan Sebaya yang begitu komited. Begitu juga ibubapa pelajar PMR yang sporting dan sanggup meluangkan masa. Hampir 141 orang pelajar yang berdaftar.

Betullah kata pengetua: keikhlasan kita melakukan kerja akan dibuahkan hasil yang tidak kita sangka....Semoga Allah SWT memberi keampunan diatas kelemahan kita dan sentiasa memberi membimbing kita dalam keikhlasan bekerja..AMIN.

Program Ikrar Aku janji PMR 2011 dan Program Bintang Cemerlang PMR 2011


















































































































































































































































































































































































































































































Tarikh: 22 januari 2011
Hari : Sabtu
Masa : 7.30 - 1.00 ptg
Tempat : Dewan Sutera SMK Ampang Pecah Bestari
Sasaran ; Semua ibubapa/penjaga dan pelajar PMR 2011

Aktiviti:
1. Pendaftaran ibubapa/penjaga : Pengedaran pamplet UBK / Pamplet PRS dan Buku Program
2. Ucapan Pengacara majlis
3. Bacaan Doa
4. Ucapan Pengetua : Pn Hjh Ros Bt Yusoff
5. Ucapan YDP PIBG : En. Mohd Noor B Abas
6. Ceramah Keibubapaan : Ustaz yusmizan
7. Taklimat PK Akademik : Pn Hjh Shamsida Bt Mohd Nor
8. Perkongsian My Target : Ibubapa dan pelajar PMR
9. Bacaan ikrar : Guru subjek PMR : diketuai En. Abu Bakar
10. Bacaan Ikrar Ibubapa : Diketuai En Mohd Noor B. Abas
11. Bacaan Ikrar Calon PMR : Diketuai : Sdr Sumaiyah : 3G
12. Suapan Permata Bestari : Ibubapa menyuapkan anggur kepada anak.
13. Jamuan

Program Bintang Cemerlang
Sasaran : Ibubapa dan 14 orang calon PMR cemerlang

Tempat : Bilik Mesyuarat

Aktiviti:
1. taklimat Penyelaras program : Pn Rohani Bt ramli
2. Ucapan Pengetua : Pn Hjh Ros Bt Yusoff
3. Ucapan YDP PIBG: En Mohd Noor
4. Taklimat PK Akademik: Pn Hjh Shamsida Bt Mohd Noor
5. Taklimat Kaunselor : Pn Hjh Nur Liyana Bt Mohd Ibrahim
6. Sesi soal jawab
- Bersurai

Program Bergerak 'hati ke hati' anjuran bersama KPM,MAPAN,JPNS, PPD Hulu Selangor
















Tarikh : 21 Januari 2011
Hari : Jumaat
Masa : 7.30 pg - 12.30 tgh
Sasaran : Pelajar Berisiko (10 orang)
Tempat : SMK Syed Mashor, Batang Kali

Aktiviti:
1. Pendaftaran
2. Sarapan pagi
3. Bacaan Doa
4. Taklimat
5. Ceramah 1 : En. Ariffin b. Hj Aban
Penyelia PPDa/Disiplin
Pejabat Pendidikan Daerah Hulu Selangor
6. Tayangan Multimedia
7. Latihan dalam Kelompok (LDK)
8. Pameran MAPAn
9. Majlis Penutup
- Penyampai sijil
-Jamuan
-Bersurai

Thursday, January 20, 2011



















































































































































































































PROGRAM BERSAMA PELAJAR UNIVERSITI PENDIDIKAN IDRIS- UPSI
NAMA PROGRAM : KARNIVAL INSANIAH : PERSONALITI GURU
TARIKH : 16 JANUARI 2010
MASA : 2.00 - 6.00 PTG
TEMPAT : KOLEJ HARUN AMINURRASHID
SASARAN : PELAJAR KOLEJ : 30 ORANG
TUGAS: PENCERAMAH DAN JURI UJI BAKAT