Sunday, April 11, 2010

HARI PERSARAAN vs SUATU HIJRAH SUATU SEJARAH






















Hari ini warga SMKAP ke Awana Genting Highland bagi meraikan hari persaraan dua orang kuat sekolah..iaitu puan pengetua Pn Hjh Hamidah B Saman dan pk akademik Tn Hj Mokhtar b Hussin.

Alhamdulillah majlis berjalan dengan lancar dan penuh dengan suasana tenang dan ceria. Kata-kata azimat pn pengetua..kita kerja bersama-sama dan berpasukan adalah kunci kejayaan kita. Manakala kata azimat pk akademik pula ialah bekerjalah bersungguh-sungguh dan beribadatlah bersungguh-sungguh dan janganlah jemu dan berputus asa dalam menjalankan tugas.

InsyaALLAH....kami warga SMKAP akan meneruskan perjuangan mendidik dan semoga ALLAH SWT memberikan kekuatan dan petunjuk kepada kami yang masih dalam perjuangan di arena pendidikan. Buat pengetua dan pk akademik semoga sejahtera sepanjang masa...AMIN.

No comments:

Post a Comment