Tuesday, April 6, 2010

Syariat yang diremehkan

Sejak akhir-akhir ini kita dihidangkan dengan pelbagai juadah mata, telinga, mulut, perut dan pelbagai rasa yang bertentangan dengan syariat...Inikah tanda-tanda akhir zaman?
Hiburan yang melalaikan menjadi keutamaan...Harta-kemewahan menjadi kejaran ...kecantikan,kelangsingan fizikal menjadi idaman....Kepentingan peribadi menjadi kemestian.

Hilang sudah rasa tanggungjawab. Kemana pergi rasa malu kepada Allah SWT? Takut kepada azab Allah SWT yang menyaksikan kita sepanjang masa... Malu pada malaikat yang sentiasa mencatat baik buruk kita.......

Hilang sudah rasa takut dan azabnya neraka,
Hilang sudah rasa cintanya kepada syurga...

Semuanya tiada makna bagi manusia....
Yang ada hanyalah mengejar peluang dan ruang yang ada di depan mata

Semoga Allah SWT melindungi kita dan sentiasa berada dalam syariatnya dan meninggalkan segala kemungkaran sama ada secara terangan atau tersembunyi...AMIN.

No comments:

Post a Comment