Saturday, May 1, 2010

KISAH 20 : INTERNET VS TANGGUNGJAWAB

Semasa membimbing pelajar didalam kelas, saya sering berkongsi maklumat dengan pelajar isu-isu semasa dari aspek psikososial. Apabila telah ada kepercayaan bersama kaunselor, mudah le kita nak meminta respond secara jujur dari pelajar.Dalam bab psikososial saya sering bertanya kepada pelajar apakah maklumat yang dicari semasa search di internet.

Rata-rata menjawab mereka melayari facebook, myspace, blog diri dan rakan. Adalah baik jika mereka menggunakan internet untuk kebaikan.Malangnya ada di kalangan mereka yang bertujuan untuk search maklumat yang tidak sihat seperti video lucah, seks, dan unsur-unsur keganasan dalam bentuk game.

Saya pernah ditanya oleh klien...cikgu bagaimanakah nak hilangkan ingatan video seks yang saya dah lihat...ianya selalu menganggu fikiran saya semasa belajar sama ada di dalam kelas atau di rumah? Suatu cabaran untuk kaunselor membantu klien sebegini. Taubat nasuha dan latihan yang konsiten sahaja lah yang mampu mengubahnya.

Kerisauan juga memikirkan apabila saya berkongsi dengan rakan kaunselor keluarga yang menyatakan pada saya kes penceraian suami-isteri banyak berpunca dari face book. Ramai suami-suami berasmara di alam maya dengan isteri orang dan bergitu juga sebaliknya. Si suami yang mencari keseronokan di alam siber dan tidak bertanggungjawab dengan perbuatan mereka...sedangkan Allah SWT telah berpesan setiap perbuatan adalah tanggungjawab anda dan akan menerima pembalasan. Menurut rakan kaunselor, mazmumah alam siber ni amat banyak dan merupakan kes penceraian tertinggi sejak akhir-akhir ini. Amat menakutkan....

Suatu cabaran untuk kita orang dewasa untuk melatih diri kita dan anak-anak agar bertanggungjawab semasa search di internet. Semoga Allah SWT memelihara diri kita dan generasi kita dari unsur-unsur mazmumah dan memberi kekuatan untuk terus merasakan bertanggungjawab diatas tindakan yang dibuat....AMIN

No comments:

Post a Comment