Thursday, May 6, 2010

Tahniah! - Pelajar SPM 2009 : Selamat datang ke gerbang ilmu pengajian tinggi




Alhamdulillah! Tahniah! pelajar-pelajar SPM 2009 yang telah berjaya menerima tawaran ke IPTA, Kolej Matrikulasi, Politeknik dan Tingkatan 6 bawah.

Bagi pelajar yang mendapat tawaran yang lebih daripada satu, bijaklah membuat keputusan. Buatlah sembahyang isthikorah dan bermusyawarahlah (berbincang secara berhikmah) dengan ibubapa dan ahli keluarga. Semoga keputusan muktamad yang dibuat adalah keputusan yang terbaik buat diri anda dan ahli keluarga.

Banyak aspek yang perlu diambil kira,minat kerjaya, kesesuaian personaliti, kemampuan diri mengikuti jurusan yang ditawarkan, kos pengajian, kehendak ibubapa, dan lokasi pengajian.Setelah dikaji baik buruk maka pilihlah keputusan yang banyak kebaikan dari keburukan.

Setelah pilihan dibuat, bersedialah untuk mengkaji aspek-aspek dan situasi yang akan ditempuhi dan sekiranya ada masalah dimasa hadapan berkatalah pada diri sendiri...ini adalah pilihan aku dan aku perlu bertanggungjawab dan berani menempuh segala cabaran dan halangan yang mendatang...

Semoga Allah SWT memberi petunjuk dan redha dengan pilihan yang dibuat.

No comments:

Post a Comment