Tuesday, July 6, 2010

KAUNSELING VS KEPERLUAN




Petang tadi sedang saya berehat selepas penat mencuci kereta...dapat satu panggilan telefon...oh..rupa2 nya rakan kaunseling semasa master di upm dulu...kak mari le join kita...kita ada satu consultant...humandynamic. Kami menyediakan perkhidmatan sesi dan konsultasi untuk staf dan ahle keluarga private agency...tak cukup man power la..
sekarang banyak klien...isu stress kerja, family problems, anak2, mental health dan bla2....
tolong la akak ye...bayarannya 45 minit session - RM 120.00...kalau akak setuju call segera ye...

Selepas tamat perbualan kami...saya terfikir sejenak..Inilah realiti kehidupan sekarang...manusia penuh dengan konflik dan stress dan kaunseling serta konsultasi merupakan suatu perkhidmatan yang amat diperlukan oleh masyarakat masa kini. Walaupun peluang nya agak lumayan...tapi saya sebagai manusia, isteri, ibu,kaunselor sekolah perlu memikirkan baik buruk akan peluang tersebut....dalam hidup ini duit boleh dicari..tetapi quality time untuk anak2 dan orang tersayang...tidak boleh diganti semula bila ia telah berlalu.....

Semoga Allah SWT memberi petunjuk kepada kita ke arah jalan yang lurus dan diredhai serta sejahtera dunia dan akhirat....AMIN

No comments:

Post a Comment