Thursday, October 27, 2011

LEFT HEMIPLEGIC MIGRAINE
















DATE: 20.11.2011

LOCATION: KPJ TAWAKAL, KUALA LUMPUR


'healthy is priceless'



' everything...is not be the same ....anymore..

'awareness...precaution....knowledgement....lastly doa and tawakal to Allah SWT...'


'thank to Allah SWT ... I've got an experienced.... about health and awareness....AMIN.


Left hemiplegic migraine


sebelum ini aku tidak pernah mendengar nama mu...

aku pun tak ambil kisah tentang migraine...

sebab dalam sejarah hidupku...aku rasakan aku seorang yang sihat, aktif dan minat bersukan.


2011 ... tekanan ku rasa apabila setiap kali memandu kereta,

mata ku rasa stress menahan cahaya silau walaupu aku memakai multicoat spec dan cermin mata penahan silau...

untuk menambahkan stamina dan fokus pemanduan aku minum sedikit caffein setiap kali sebelum memandu....iq menjadikan diri ku terasa bertenaga....oh coffee...ada umph,


aku perasan juga, setiap kali aku tunduk dan angkat kepala...terasa pandangan berputar atau bliink2 atau ada white spot....tapi aku ignore je...


aku juga sering hilang fokus setiap kali perkongsian maklumat yang terlalu lama....kepala ku mula berdenyut ...sehinggakan aku terpakasa memgang dahi ku sebelah kiri bagi memberikan fokus yang lebih...


kadang-kadang jika banyak cakap...aku jadi letih dan mulut terasa bergetar secar tiba-tiba terutamanya di sebelah kiri...risau juga ingatkan stroke...


Sehinggalah selepas balik mesyuarat my talent di pkg kalumpang...aku colapse dan suami ku mengambil blood presasure ketika aku tidur dan diadapati aku tekanan darah rendah.


Keesokan harinya, aku dan suami ke poklinik syifa' dan dr mengesahkan aku ada masalah saraf dan vertigo...aku search internet mengenai vertigo...masalah pening2kerana saraf keletihan.


Hari khamis aku ke sekolah...tetapi badan terasa agak lemah. dan masih pening2. Selepas 2 jam sesi kaunseling aku hadiri meeting. Tak sempat habis meeting aku dah rasa lain. Left side muka, kaki dan tangan terasa berat. Aku minta izin keluar awal dan menuju ke kereta..malangnya sampai di kereta kaki dan tangan sebelah kiri tak boleh gerak...aku call roziah dan dia hantar aku ke hospital kkb.


Di hospital kkb wad kecemasan, dr ambil darah, pemeriksaan jantung dan alhamdulillah...jantung ok, tekanan darah ok, kencing manis tiada. Tapi dr beritahu kekuatan sebelah kiri kaki dan tangan agak lemah berbanding sebelah kanan.


Dr memberi ubat cairkan darah kerana suspek minor stroke dan minta aku buat pemeirksaan tekanan darah dua kali sehari...


Hari Ahad kejadian yang sama berlaku ketika aku membawa anak2 keluar..kaki berat, tangan sukar begerak. Aku berjumpa dr poliklinik dan akhirnya mengesyorkan saya ke kpj hospital.


Di hospital kpj tawakal, dr pakar neurologist , dr Abu Salam Idris membuat pemeriksaan dan mengesahkan saya menghadapai LEFT HEMIPLEGIC MARINE.....












No comments:

Post a Comment