Saturday, March 27, 2010

KISAH 18: TAK MARAH vs TAK MESRA


Klien lelaki berusia 22 tahun agak tidak serius untuk berkongsi masalahnya di peringkat awal. Dia menyatakan, dia baru perasan situasi ini menjadi suatu unfinished kepadanya walaupun peristiwa itu telah berlaku semasa dia kanak-kanak. Klien menunjukkan non verbalnya yang tidak puas hati dan melahirkan emosi geram dan tidak puas hati akan tindakan kakaknya keatasnya. Perasaan rendah diri berbanding ahli keluarga yang lain kerana warna kulit yang gelap juga sering diulang-ulang oleh klien.
Rentetan peristiwa semasa kanak-kanak membentuk 'mind set' klien tentang dirinya dan leballing ahli keluarganya yang negatif menjadi pegangannya sehingga dewasa. Oleh kerana ada harapan yang tidak dipenuhi oleh ahli keluarga maka terbentuklah suatu persepsi bahawa dia tidak bermakna untuk keluarganya. Bila ditanya adakah klien marah dengan kakak dan ahli keluarganya akan peristiwa lepas? Dia berkata saya tak marah tapi tak boleh nak mesra....
Saya bertanya pada klien ....Meaning?

Banyak peristiwa semasa kecil....menjadi pegangan sehingga kita dewasa....
Sampai bila kita nak bawa peristiwa lampau dalam hidup kita?
Sampai bila kita nak mengepung diri kita dalam kepompong yang kita bina?
Sampai bila kita nak memandu kenderaan tetapi tidak mahu melepaskan 'hand break' kereta...

Lepaskanlah hand break kereta agar kereta bergerak tidak terseksa dan perjalanan kita menjadi lancar.
Memang sukar untuk memaafkan orang lain...tetapi percayalah...selepas kita memaafkan seseorang...hati menjadi tenang hidup menjadi selesa.

Semoga kita diberi kekuatan untuk menjadi seorang pemaaf.

No comments:

Post a Comment