Friday, March 12, 2010

spm vs hala tuju diri


Alhamdulillah! keputusan SPM telah diperolehi. Syukur! Tahniah! Syabas! Redha!.... Setiap kejadian ada HIKMAHNYA. Setiap AllAH SWT tetapkan tentu ada baiknya....Kadang-kadang kita merasakan sesuatu yang kita dapat itu adalah BURUK BAGI KITA...tapi bagi ALLAH SWT itulah yang TERBAIK UNTUK KITA.
SPM membawa kita memikir dan mangambil tanggungjawab ke atas keputusan yang ALLAH SWT berikan ini. Tanggungjawab diri kita untuk berfikir, bertindak secara positif kemanakah hala tuju diri yang sesuai dengan KELAYAKAN SPM ini. Ke mana kita perlu bawa diri untuk ke setting yang sesuai dengan kelayakan, minat, personaliti, cita-cita, harapan ibu bapa dan kehendak pasaran kerjaya semasa.

Teruslah mencari keistimewaan dan kekuatan diri agar kita menuju ke destinasi diri yang lebih mensejahterakan kita dan kejayaan di dunia dan akhirat.AMIN.

No comments:

Post a Comment